"Saya kenal dia daripada tahun lepas lagi, dia datang ke kedai untuk beli barang-barang pr0duk kosm£tik saya. Sejak itu kami mula rapat dan saling kenal.
"Sebenarnya saya sus@h nak terbuka hati dekat mana-mana lelaki kerana masih sayang dengan arwah suami. Tapi bila saya tengok Amsyar ni, dia seorang lelaki bertanggungjawab. Saya suka cara dia."
Demikian ujar balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah, 32, dimana dia mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang dikenali sebagai Amsyar Salim sejak tahun lalu.
Kata Hidayah atau nama penuhnya, Nor Hidayah Mohd Ali, perkenalan mereka bermula secara tidak sengaja apabila Amsyar hadir ke kedai miliknya untuk membeli pr0duk kosm£tik.
Dalam pada itu, Hidayah menjelaskan, sejak arwah Abam meninggal dunia lima tahun lalu, hatinya tidak mudah terbuka, namun sikap tanggungjawab yang dimiliki Amsyar membuatkan dia tertarik dengan lelaki berusia 30 tahun itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya sus@h nak terpikat dengan lelaki tetapi cara saya nak uji adalah dengan membawa anak berjumpa dengannya. Saya mahu lihat bagaimana cara layanan dia terhadap Hamzah.
"Bila saya selalu bawa Hamzah jumpa Amsyar dan tengok sendiri Amsyar sayang dekat anak saya, itu membuatkan saya tertarik kepadanya. Saya tanya anak saya pun dia suka dengan Amsyar.
"Bila anak bahagia, saya pun turut rasa bahagia," tuturnya yang turut tersentuh hati apabila ramai yang mengatakan wajah Amsyar mempunyai iras seperti arwah Abam namun dalam versi lebih kurus dan dia menganggapnya sebagai satu aturan Allah paling indah.
"Terlalu ramai yang cakap muka Amsyar ada iras arwah Abam tapi versi kurus. Apa yang boleh saya katakan, Allah ambil suami saya tapi Allah gantikan muka seiras dengan arwah. Hebat aturan Allah.
"Terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan kebahagiaan saya dan anak. Semoga anda semua terus menyokong perniagaan kami juga," katanya.
Sebelum ini, Hidayah secara terbuka berkongsi video di media sosial memaparkan dia dan Amsyar sedang makan bersama, selain turut menulis kapsyen terima kasih berserta emoji hati rona mereka.
Untuk makluman, Hidayah dan Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan mendirikan rumah tangga pada 2017, sebelum anggota kumpula Bocey itu meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akib@t dem@m panas pada usia 32 tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia enam tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment