11 August 2025

"SITUASI INI (IBU TUNGGAL KAHWIN DENGAN LELAKI BUJANG) WUJUD DALAM REALITI MASYARAKAT, BUKAN LAGI SESUATU P£LIK" - EMMA MAEMBONG AKUI DJ KIDD SUDAH JUMPA KELUARGANYA



"Zaman sekarang kita lihat ada saja ibu tunggal kahwin lelaki bujang. Tak hanya masyarakat biasa, dalam kalangan selebriti pun ada.

"Memang ada yang akan kec@m tapi lepas tu mereka akan diam. Saya jua boleh katakan situasi ini wujud dalam realiti masyarakat sekarang. Bukan lagi sesuatu yang p£lik."

"Orang selalu pandang jika kahwin wanita lebih tua dari lelaki itu sal@h, tapi lelaki tua dengan wanita muda tak sal@h. Pada pendapat saya, kalau dah jodoh tiada siapa boleh halang, Cinta tak memandang umur."

Demikian kata pelakon Emma Maembong, 33, dimana dia mengulas, status sebagai janda atau ibu tunggal tidak menghalang wanita untuk kembali bertemu jodoh dengan lelaki bujang.

Ujar Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, jika seorang ibu tunggal berkahwin dengan lelaki bujang, dia beranggapan ianya bukan sesuatu yang p£lik.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya lagi, mungkin pada awalnya mungkin ramai yang akan bercakap, namun lama-kelamaan mereka akan dia juga akhirnya.

Bukan itu sahaja, malah Emma juga melihat perkahwinan antara wanita berusia daripada lelaki selalu dijadikan isu, sedangkan jodoh tidak melihat usia.

Sementara itu, akui Emma, dia yang kini menjalinkan hubungan rapat dengan seorang lelaki yang juga deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd, sudah beberapa kali bertemu keluarganya.

Kata Emma, pertemuan itu tidak pernah dirancang, sebaliknya berlaku secara kebetulan dan belum ada perancangan lagi untuk pertemukan dengan seluruh ahli keluarga.
"Setakat ini, kebanyakan pertemuan antara dia dengan anak-anak, ayah serta adik-beradik saya berlaku secara tak sengaja.

"Kalau nak kata saya rancang untuk jumpakan dia dengan seluruh keluarga, setakat ini belum ada lagi ke arah itu," tuturnya.

Selain itu, Emma memaklumkan, dia dan DJ Kidd masih lagi dalam fasa berkenalan dan tidak mahu terburu-buru kerana keutamaannya adalah anak-anak.

"Buat masa ini, kami masih dalam fasa berkenalan. Tiada sebarang perancangan ke arah yang lebih s£rius.

"Saya pun pernah berkahwin, jadi saya lebih berhati-hati. Lagipun, saya ada anak-anak dan keluarga yang menjadi keutamaan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: