"Tidak mengapa, Allah bersama dengan kita. Apa sahaja berlaku Allah memerhati dan mendengar dan kita berserah hanya kepadaNya.
"Yang penting fokus saya adalah untuk menjaga Fatima sebaik-baiknya, menjaga ment@l dan em0sinya.
"Apa yang saya harapkan adalah dia bahagia, gembira dan tenang. Semoga tiada apa-apa yang mengg@nggu atau membah@yakannya."
Demikian tutur pelakon Nur Fazura yang tidak dapat menahan sebak apabila menjawab pertanyaan mengenai anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, menerusi sesi siaran langsung.
Kata Fazura, Allah ada bersama mereka dan Maha Mengetahui segala apa yang berlaku, selain fokusnya adalah untuk menjaga Fatima dengan sebaiknya.
Disamping itu, Fazura turut menitipkan doa buat anaknya, dimana dia berharap agar Fatima sentiasa dilindungi dari segala bah@ya dan perkara yang tidak baik.
"Saya sentiasa berdoa dan kata orang doa ibu tiada hijabnya. Saya yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkannya. Semoga Allah sentiasa melindungi anak saya, Nur Fatima Aisya," tulisnya.
Terdahulu, tular video Fatima mengadu kepada Fazura, mendakwa Nenda yang juga ibu Fattah Amin mengatakan, dirinya tidak comel dan tidak pandai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment