07 August 2025

UMUM HAMIL ANAK KETIGA - UYAINA ARSHAD AKUI IA TAK DIRANCANG, TERIMA PEMBERIAN ALLAH DENGAN HATI TERBUKA : "KALAU IKUT PERANCANGAN, INI ADALAH YANG TERAKHIR, INSYA ALLAH"



"Oh ya. Saya kini hamil tiga bulan anak ketiga. Kejutan! Dan yang ini memang bukan pengumuman kehamilan yang biasa-biasa. Ini semua pemberian daripada Tuhan, kami tidak rancang. Kami terima dengan hati yang terbuka. Kalau ikut perancangan, ini adalah yang terakhir, Insya Allah."

Demikian jelas pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 33, dimana dia berkongsi berita gembira memaklumkan, dia kini hamil anak ketiga hasil perkahwinan bersama penyanyi dan pelakon, Raja Shahiran.

Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, menyifatkan ia rezeki yang tidak diduga kerana dia dan suami memang tidak merancang untuk menimang cahaya mata lagi dalam masa terdekat, namun bersyukur dengan rezeki itu.

Berita baik itu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk rakan selebriti, yang memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Uyaina berkahwin dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021 dan telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1.

Sebelum ini, Uyaina tampil membuat pengumuman di media sosial, dimana selepas sembilan tahun, dia akhirnya mengakhiri perjalanannya sebagai pengacara pr0gram bual bicara Wanita Hari Ini (WHI).

Dalam masa sama, Uyaina turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pr0duksi kerana mempercayai bakatnya mengemudi WHI hampir sedekad.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: