"Ada sebuah syarikat besar yang berasal dari Perancis menjual pr0duk penjagaan wajah... mereka kata, 'Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikirkan semula nak ambil dia atau tidak.
"Mereka bubarkan k0ntrak yang nilainya jutaan ringgit. Kalau saya projek berjuta macam ini, saya akan minta mereka sambungkan semula tapi Neelofa tidak memilih begitu."
Itulah kata pendakwah bebas yang juga suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu PU Riz, dimana dia mendedahkan, satu jenama besar pernah membatalkan k0ntrak jutaan ringgit kerana isterinya itu berniqab.
Menerusi satu video tular, Pu Riz dalam satu berkata, syarikat penjagaan wajah dari luar negara itu bertindak membubarkan k0ntrak isterinya.
Kongsi PU Riz lagi, syarikat yang sama yamg telah 'membuang' Neelofa kemudian kembali menawarkan semula k0ntrak dan kali ini berlipat kali ganda untuk menarik isterinya itu kembali menjadi duta pr0duk mereka.
"Selang beberapa tahun, bila Neelofa memakai niqab dan menonjolkan cara pemakaian yang trendy, orang pun beli dan memakai niqab juga. Ada yang mendatangi saya dalam keadaan menangis, mereka terinspirasi kerana Neelofa, lalu mereka turut memakai niqab.
"Kemudian, syarikat yang buang dia datang kembali beri tawaran berkali ganda dan jutaan ringgit berbanding dengan tawaran dahulu, mereka juga meminta dan merayu Neelofa untuk menjadi duta," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment