"I tahu Amira akan menjadi seorang step-mother untuk Fatima yang sangat baik. Dan Fattah pula seorang bapa yang sangat penyayang."
Itulah ujar pengurus Fattah Amin dikenali sebagai Aca dalam satu temu bual baru-baru ini, dimana dia dilihat menitipkan pesanan serta doa buat pelakon itu dan bakal isterinya, penyanyi Amira Othman.
Kata Aca, Amira akan menjadi seorang ibu tiri yang baik buat Nur Fatima Aisya, serta menyifatkan Fattah seorang bapa penyayang, selain dilihat sebak mendoakan rumah tangga yang bakal dibina pasangan itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sejak Isnin lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai pengumuman majlis pernikahan pasangan Fattah dan Amira yang digelar Abang Long dan Kak Long itu.
Pengumuman berita gembira itu diterima baik oleh peminat mereka yang rata-ratanya gembira dan tidak sabar menanti pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini iaitu 14 September bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.
Klik untuk gambar besar
Menerusi satu video tular, ketika itu, Fattah sedang merakam Amira, dimana mereka berada di bangunan sekolah penyanyi berkenaan.
Amira dalam masa sama sempat berselor0h mengatakan dia tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana mahu Fattah rasa istimewa.
"Saya memang tak pernah ada teman lelaki, yang ramai bekas kekasih itu Fattah. Saya tiada bekas kekasih. Sebab semua perempuan. Saya nak jaga supaya awak rasa 'special'," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment