10 September 2025

SELEPAS 15 TAHUN BERCERAI - RAJA AZURA TUNTUT HAKNYA & KELUARGA : "BUAT PERTAMA KALI, SAYA MELANGKAH KAKI MASUK KE MAHKAMAH INI... SAYA NAK TUNTUT HAK ANAK-ANAK SAYA"



"Sejak berpisah pada 2010, saya tak pernah failkan. Buat pertama kali, saya melangkah kaki masuk ke mahkamah ini. Saya nak tuntut hak anak-anak saya. Itu sahaja. Anak-anak pun dah besar. Mereka pun dah tamat pengajian. Alhamdulillah.

"Jadi, saya rasa mereka pun dah cukup dewasa," jelas pelakon dan pengacara, Raja Azura, 53, ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah.

Tutur Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, tindakan itu dibuat atas persetujuan bersama tiga anaknya, Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23; Megat Luqman Hakim Adzmin, 22; dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Raja Azura iaitu Mohammad Amirul Hanizan, berkata, kebenaran pelaksanaan nafkah itu perlu dimohon semula kerana tempoh permohonannya sudah terlalu lama iaitu pada 2010.

"Hari ini, kita mulakan pros£dur terhadap bekas suami Kak Engku (Raja Azura) yang mana, berkaitan dengan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah ini pada 2010. Jadi, perintah itu dah terlalu lama dan terma-terma perintah itu tidak boleh dilaksanakan lagi.

"Maka, hari ini, Kak Engku datang ke mahkamah untuk memfailkan supaya perintah-perintah itu dilaksanakan oleh pihak bekas suaminya," kata Amirul.

Maklum peguam itu lagi, dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan secara terperinci mengenai jumlah nafkah yang dituntut, namun memaklumkan, anak guamnya mengikut pros£dur yang betul.

"Antaranya, perintah nafkah yang berkaitan dengan anak-anak, nafkah idah dan lain-lain. Tapi, majoritinya berkenaan dengan anak-anaklah.

"Jumlahnya besar dan saya tak boleh dedahkan lagi. Itu adalah hak Kak Engku dan juga keluarga. Jadi, dia perlu menuntut di tempat yang betul iaitu di mahkamah syariah," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, ditanya reaksinya selepas ramai memuji ketabahannya membesarkan tiga anak sebagai ibu tunggal, Raja Azura berkata, keikhlasan itu terhubung dalam banyak aspek dan jangan menga1bkan pasangan walaupun selepas berpisah.

"Dalam hidup ini, bila kita ikhlas, Allah reda dengan keikhlasan kita. Tapi, sejauh mana keikhlasan itu? Keikhlasan bukan sahaja jaga anak-anak, tapi keikhlasan dalam bekerja, keikhlasan dalam mengh@rungi peng0rbanan kita sebagai ibu bapa dan suami isteri.

"Yang paling penting, jangan memb£nci pasangan kita. Walaupun apa yang berlaku kepada kita, kita buang jauh-jauh. Kita benda-benda yang neg@tif, ambil yang p0sitif sahaja dan jangan membuka a1b," tuturnya.

Selain itu, Raja Azura juga memberikan nasihat kepada mereka yang ingin berumah tangga dengan artis, yang mana harus menerima hakikat bahawa artis dan selebriti adalah hak masyarakat.

"Jadi, kepada sesiapa juga yang nak berkahwin dengan artis, kena faham. Mereka kena tahu diri artis itu sebab dia adalah kepunyaan peminat. Jadi, jangan cakap kenapa nak h£bohkan atau apa.

"Tak ada. Kita tak boleh elak benda-benda itu. Cuma, bagaimana penerimaan kita dan kena p0sitif," ujarnya yang turut berkongsi tip yang dilakukannya ketika menjawab mengenai caranya menangani anak-anak sejak bergelar ibu tunggal 15 tahun lalu.

"Pertama sekali, kena taat kepada Allah SWT. Kedua, rapatkan diri dengan anak-anak. Jadikan anak-anak itu sebagai kawan baik, sebagai rakan kita dan selalunya mendekati anak-anak walau sesibuk manapun. Selalu dengar luahan mereka.

"Jangan guna kuasa v£to sebagai seorang ibu. Kuasa v£to itu akan dikeluarkan apabila ada saat g£nting sahaja. Yang lain, kita beri mereka peluang dan ruang. Cuma, sebagai ibu, kita pantau supaya mereka berada di landasan yang betul," katanya.

Untuk makluman, Raja Azura dan bekas suaminya, Adzmin Osman berumah tangga pada Mac 2001, sebelum mereka disahkan bercerai pada 2010.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: