30 October 2025

HIKAYAT BATU BELAH BATU BERTANGKUP, BAKAL MEWARNAI ASTRO CERIA



TGV One Utama menjadi ceria dengan kehadiran pelakon-pelakon dalam sidang media, Drama bersiri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, seperti Bell Ngasri, Diana Danielle, Fimie Don, Arabella, dan ramai lagi.

Drama siri yang bakal bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Ceria, bermula 14 November, itu dikatakan bakal mewarnai jiwa penonton terutamanya kanak-kanak untuk menghayati kisah tersirat dalam lagenda lama penuh sejarah.

"Saya amat gembira dapat berlakon dalam drama siri ini bersama pelakon-pelakon hebat yang lain.

Klik untuk gambar besar

"Meskipun membawa watak binatang iaitu seekor ayam bernama Tok Tok, namun saya amat berpuas hati dan berharap penonton juga ceria menonton siri ini," ujar Bell Ngasri, ketika menjawab soalan wartawan.

Sementara Diana Danielle pula, katanya drama siri Batu Belah Batu Bertangkup ini banyak mengajarnya mengenali lagenda cerita lama yang tidak diketahuinya sebelum ini.

"Melalui drama siri ini, saya banyak belajar ilmu baru meskipun sudah kerap berlakon. Malah saya juga dapat menimba pelajaran menjadi ibu yang baik pada anak-anak saya," katanya ketika ditemui myartis di majlis tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: