"Saya punya cikgu adalah mualaf, mamak. Saya ingat lagi masa tu apabila saya datang setiap minggu, ada ramai nak belajar. Saya ada kawan Cina dan lain-lain. Saya orang luar.
"Saya nak tahu dan kami dapat cikgu yang sangat bagus. Semua soalan yang kami tanya, dia jawab. Semua jawapan daripada soalan saya semua logik. Situ lagi saya punya semangat nak tahu, dia naik lagi. Saya masuk Islam 2002, kahwin 2003."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Mark Adam ketika mengimbau permulaan hijrahnya, dimana dia terus j@tuh cinta dengan Islam ketika pertama kali tiba di Malaysia pada 2001 dan perasaan itu mula berputik selepas dia mengenali keindahannya melalui orang sekelilingnya.
Kongsi Mark lagi, pada mulanya dia tersentuh dengan kebaikan seorang rakan sekerja bernama Zul yang disifatkan sebagai seorang Muslim terbaik pernah dikenalinya.
Kemudian kata Mark, takdir menemukannya pula dengan jodohnya iaitu Norazah Redzuan, antara orang terpenting membuatkan hatinya terus terpaut dan lebih s£rius mendalami ajaran Islam.
Bahkan, tuturnya, dia terus ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk berguru bersama ramai orang bukan Islam lain yang mahu mempelajarinya.
Mark secara langsung tahu agama Islam yang paling tepat buat dirinya dan banyak soalan terjawab serta perasaan ingin tahu yang mendalam itu semakin membuak-buak selepas setiap persoalannya dijawab dengan penjelasan yang masuk akal.
Namun, perjalanan Mark untuk memeluk Islam tidak mudah kerana keputusan besarnya memeluk Islam mendapat t£ntangan keluarga di Filipina, apatah lagi mereka sendiri berpegang kuat dengan agama Kristian.
"Keluarga di Filipina tak terima masa awal-awal, sebaliknya mereka menyuruh isteri saya pula datang kepada mereka dan masuk agama kami di sana," ujarnya.
Bagaimanapun, Mark bert£gas dengan keputusannya kerana ia datang dari kehendak dirinya sendiri, bukan paksaan sesiapa, malah dia turut menjelaskan dengan sebaik-baiknya setiap pertanyaan keluarganya.
"Ketika minta kebenaran nak masuk Islam, mak dan nenek menangis, tapi saya paling t@kut ayah saya sebenarnya. Dia orang terakhir saya tanya mengenai hasrat saya itu," jelasnya.
Kata Mark, detik yang paling mend£barkan itu rupanya menjadi jawapan dicari-carinya apabila bapanya itu cuma bertanya kembali kepadanya sama ada dia gembira dengan keputusannya dan diri sendiri.
"Tapi, apabila saya tanya dan beritahu dia saya nak masuk Islam, itu pun satu waktu dalam hidup saya yang meng£jutkan. Dia tanya satu soalan saja dekat saya. Dia cakap 'Are you happy? Awak gembira?' Saya cakap ya dan dia terus bagi restu," kongsinya.
Dalam pada itu, ujar Mark, jawapan ringkas bapanya itu memberi kelegaan tidak terhingga, apatah lagi beliau adalah individu yang banyak mengajarnya mengenai tanggungjawab dan menjadi insan yang baik.
Bukan itu sahaja, malah tuturnya lagi, persepsi neg@tif keluarganya mengenai Islam mula berubah selepas melihat keperibadian mulia isterinya, sehingga mereka sendiri mula bertanya mengenai agama ini.
"Pertama kali isteri saya balik di Filipina, semua fikiran mereka sudah berubah. Sebab dia, orang nampak daripada isteri, macam mana orangnya dan mereka bertanya-tanya lagi.
"Memang wujud kek£liruan sebelum ini. Keluarga saya tidak tahu pasal Islam dan ingat Islam itu jah@t. Tapi, mereka terk£jut bila jumpa isteri saya. Lagi-lagi mak saya dan dia cakap nak belajar Islam," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment