"Alhamdulillah... saya dan suami dapat berita gembira bakal timang anak pertama selepas menunggu tiga tahun dikurniakan zuriat.
"Sekarang saya memang betul-betul menjaga kandungan dengan baik kerana masih di trimester pertama. Kiranya tak boleh lasak sangat.
"Ini adalah khabar gembira bukan hanya untuk kami berdua bahkan insan sekeliling yang sentiasa mendoakan."
Itulah tutur penyanyi Keena Mentor, dimana dia akhirnya mendapat berita gembira apabila disahkan hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan Noor Azam Zohari, yang kini sudah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab, 39, memaklumkan, doktor menasihatkan agar dia lebih berhati-hati memandangkan kandungannya baru mencecah empat minggu.
Dijangka melahirkan anaknya pada pertengahan tahun depan, Keena menganggap kehadiran 'orang baru' sebagai pembuka rezeki 2026.
"Tiga tahun bagi sesetengah orang bukan tempoh yang lama, tapi bagi saya agak panjang. Lagipun kami kahwin semasa Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP), tak boleh buat sebarang majlis.
"Demi kandungan, saya lupakan dulu hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya nak anak kami nanti dalam keadaan sihat," katanya yang turut memberitahu, dia tidak pernah melalui al@han awal kehamilan setakat ini.
"Suami pun tak ada apa-apa al@han. Tapi bila saya buat karakter klasik 'Cik Salmah' untuk persembahan dalam festival makanan sebelum ini, nampaknya simptom ibu hamil menjangk1t kepada dia.
"Dia nak makan benda-benda klasik seperti ulam dan ubi-ubi kayu. Dia nak saya berpakaian cantik berpakaian klasik macam Saloma. Saya p£liklah.
"Saya tak tahu tapi rasanya mungkin ini 'baby girl'. Suami nak tengok saya sentiasa berpakaian cantik. Nak dengar lagu P. Ramlee saja. Sebelum itu tak pernah macam itu," ujarnya.
Tambahnya lagi, budu dan cencaluk yang dulu menjadi makanan kegemarannya kini tidak lagi menjadi pembuka selera tekaknya buat masa ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment