"Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang viral ini. Sejak jadi pelakon ini memang saya lebih fokus pada lakonan drama, filem dan kebetulan bisnes saya semakin berkembang.
"Fokus saya hanya untuk kerja, jadi apa-apa yang viral ini saya tak ada benda nak komen kerana ingin menjaga privasi semua orang. Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan dengan apa yang berlaku."
Itulah kata pelakon Hazeeq Deen, 28, dimana dia tampil membuka mulut berhubung dakwaan foto dipercayai mirip wajahnya bersama seorang pelakon wanita 'bercom0lot' di sebuah photobooth tular di media sosial sejak Ogos lalu.
Ujar Hazeeq atau nama sebenarnya, Mohamad Haziq Nazimuddin, dia sama sekali tidak mengetahui tentang isu berkenaan dan enggan memberikan sebarang komen bagi menjaga privasi semua pihak.
Dalam pada itu, Hazeeq berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa sahaja perkara yang ingin diviralkan menerusi media sosial, sebaliknya hanya mahu memberi fokus terhadap perkara p0sitif dan kerjaya dalam bidang seni.
Klik untuk gambar besar
"Jadi apa-apa yang tular bukan hak saya untuk memberi komen. Bagi saya apa saja yang viral, tak kisahlah fasal drama atau apa saja, kita tiada hak untuk tutup mulut orang atau halang apa yang mereka mahu lakukan.
"Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik saja," tuturnya yang memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungan cintanya dengan pelakon wanita yang turut terpalit dan menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
"Soal menjalin hubungan cinta atau tidak itu adalah terlalu privasi. Satu hari nanti kalau sudah bersedia, saya akan kongsikan kepada semua.
"Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan, saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri.
"Untuk siapa yang tahu saya sekarang dengan siapa (bercinta), kalau jumpa di luar mereka tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi," katanya.
Terdahulu, tular foto dua pelakon yang dikatakan sedang bercinta didakwa melakukan aksi tidak sen0noh ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi foto yang dikirimkan kepada media, gambar int1m berserta aksi c1um mulut selebriti itu dikatakan dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam apabila ia ditampal bersama gambar pelanggan lain.
Sebelum ini, nama pelakon Dayang Areeda antara yang disebut-sebut netizen, namun pelakon itu memberitahu, dia tidak tahu mengenai foto tersebut dan berasa terk£jut dengan apabila mengetahui berita itu daripada peminat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment