23 January 2026

"10 TAHUN TUMPANG CARI REZEKI... BUJANG, KAHWIN SAMPAILAH DAH ADA ANAK" - JEP SEPAHTU UCAP SELAMAT TINGGAL SINAR FM



"Hari Jumaat terakhir aku di sini. Alhamdulillah izin Allah 10 tahun tumpang cari rezeki kat sini. Dari bujang, kahwin, sampailah dah ada anak. Terima kasih Sinar FM untuk jasa yang tak terbalas.

"Ini ex boss aku, aku anggap dia mcm akak aku sendiri sebab hormat aku lebih tinggi dari jawatan dia. Terima kasih Shidah Khasim untuk segala kebaikan kau buat aku. Sampai jumpa lagi."

Demikian tulis pelawak terkenal, Jep Sepahtu, 41, menerusi media sosial miliknya, dimana dia membuat pengumuman mengundurkan diri dari Sinar FM selepas 10 tahun berkhidmat sebagai penyampai stesen itu.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran sama, suami kepada pelakon Sari Yanti itu turut mencoretkan luahan terima kasih tidak terhingganya kepada bekas majikan yang dianggap seperti darah daging sendiri.

Perkongsian Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nazri Zainal Abidin, ini mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih atas pengunduran pelawak itu.
Kata netizen, Jep menerusi segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim dan Ray, sentiasa menceriakan pagi mereka tatkala ke udara setiap pagi.

"Hilanglah sinar di Sinar FM bila Jep dah tak ada. Suka dengar Jep merapu," komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: