04 January 2026

"KALAU KATA KEADAAN MEMAKSA SAYA BERSARA, SAYA BERSARALAH" - PAK YA AKUI 'JOB' MAKIN KURANG, KEMBALI MENETAP DI IPOH



"Sekarang ini program pun dah tak banyak. Lagipun orang rumah (isteri) pun dah pencen lama dah. Tapi itu bukanlah isu sebab mas@lah sebenarnya memang 'job' pun dah kurang, tak macam sebelum ini.
"Job saya dengan Sepahtu dah memang dah tak seberapa. Sekarang program-program Sepahtu pun, orang kata dah jarang-jarang kan.

"Jadi ingat nak buat macam dulu baliklah. Kalau ada job baru datang ke Kuala Lumpur (KL), ulang-aliklah macam dulu. Saya pernah ulang-alik naik motor Honda EX5 waktu rakaman sitkom Kelas Malam."

Demikian ujar pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Senario dan Sepahtu, 59, dimana maklumnya, dia membuat keputusan untuk kembali menetap di kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Jelas Pak Ya atau nama sebenarnya, Ilya Buang Shaharum, dia mengambil keputusan ini disebabkan tawaran yang semakin berkurangan dalam bidang seni.

Dalam pada itu, kongsi Pak Ya lagi, proses berpindah semula ke kediaman asalnya ini sudah bermula di mana dia mengangkut barang sedikit demi sedikit.

"Tapi ada lagi barang sebab barang itu banyak. Dekat rumah sini (Ipoh) pun ada barang. Jadi kena bongkar balik mana yang nak pakai, mana tak pakai.

"Saya dah dua minggu dah berulang-alik KL-Ipoh selesaikan bab ini. Di Ipoh saya tinggal di Chemor. Saya pun ada kerja di Ipoh sebagai penyampai radio Perak FM dengan Wahid.

"Itu yang tetaplah, bukan tetap berpencen tak, tapi dia ikut kontrak lah. Kontrak masih berjalan. Baiklah saya tumpukan dekat Perak ini.

"Lagipun saya dah tak ada tanggungan banyak pun," tuturnya yang turut memberitahu, anak-anaknya semua sudah dewasa dan dia tidak perlu memikirkan banyak perkara lagi.

"Saya nak buat balik macam dulu. Lepas itu pula saya nak fokus buat lagu, sebab di Ipoh saya ada studio sendiri. Saya buat lagu untuk artis-artis dari Perak.

"Setakat ini yang dah saya dah release, lagu Shazia Rozaini dalam Bahasa Jepun berjudul 'Itoshi-Hito' (Rinduku) di bawah Luncai Emas," katanya yang mengakui, dia tidak berasa ralat dengan keputusannya itu.

"Memang saya dah lama nak balik kampung sebelum ini, tapi sebab program Sepahtu sambung menyambung, jadi tak sempatlah nak balik.

"Kalau tanya antara Sepahtu dan Senario, saya lebih kepada Sepahtu sebab saya dah selesa dengan mereka. Macam Senario ini, dia ada show baru ada kerja.

"Saya tak ada program yang terikat dengan mereka. Jadi saya lebih kepada Sepahtu. Saya juga belum rancang nak bersara, tapi ia terpulang kepada keadaan.

"Kalau kata keadaan memaksa saya bersara, saya bersaralah. Tapi saya dah standby apa nak jadi lepas ini," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: