"Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya buat, namun ia terpaksa diambil atas faktor komitmen yang sudah ditetapkan bersama Senario Union.
"Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat yang sedang menantikan kehadiran Sepahtu Reunion di Singapura.
"Saya amat menghargai jemputan dan kepercayaan yang diberikan, serta sokongan berterusan daripada peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya."
Itulah jelas pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, dimana dia mengumumkan pengunduran dirinya daripada menyertai pr0gram Sepahtu Reunion Live in Singapore yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pengumuman yang dijelaskan menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial sahabat baik Pak Ya iaitu Ropie, ternyata meng£jutkan peminat.
Kata Pak Ya dalam video berkenaan, keputusan sukar itu terpaksa diambil demi menghormati komitmen yang sudah dipersetujui lebih awal.
Disamping itu, Pak Ya yang sedar akan kekec£waan yang mungkin timbul dalam kalangan peminat di Singapura, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesulitan yang berlaku.
Pak Ya dalam masa sama turut berharap agar penjelasan terbuka itu dapat diterima dengan baik oleh semua pihak dan tidak menimbulkan sebarang sp£kulasi neg@tif.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment