24 January 2026

SUSUT 8 KG SELEPAS JALANI PEMB£DAHAN BARIATRIK - NORA ARIFFIN NAFI MAHU KELIHATAN CANTIK TAPI UNTUK KESIHATAN



"Alhamdulillah, ini minggu kedua fasa dibenarkan makan makanan lembut. Setakat ini, Alhamdulillah, berat badan turun sebanyak lapan kg dalam tempoh hampir 10 hari.

"Penurunan itu boleh dikatakan agak cepat juga. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Yang penting, tiada masalah kesihatan atau perkara lain yang membimbangkan."

Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin, 53, dimana dia meluahkan rasa syukur pemb£dahan bariatrik berjalan dengan lancar tanpa sebarang mas@lah kesihatan dan dia kini kehilangan lapan kilogram (kg) selepas menjalaninya hampir 10 hari lalu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Di Persimpangan Dilema' ini menjelaskan, objektifnya lebih kepada penjagaan kesihatan dan gaya hidup yang lebih sihat dan bukanlah untuk tampil cantik semata-mata.

"Sebab utama keputusan ini adalah atas dasar kesihatan, bukan semata-mata untuk kelihatan cantik. Kalau sekadar mahu cantik, ambil sunt1kan Mounj@ro pun boleh.
"Sebelum ini, saya sendiri pernah mengambil sunt1kan Mounj@ro dan Oz£mpic. Namun, lama-kelamaan akan berlaku kesan reb0und apabila sunt1kan dihentikan.

"Ia sebenarnya tidak mengubah apa-apa dari segi kesihatan, hanya membantu menguruskan berat badan sahaja. Kalau ada peny@kit, peny@kit itu tetap ada. Jadi, kurus dan cantik itu saya anggap sebagai bonus.
"Mana tahu, boleh kembali ke saiz badan seperti suatu ketika dahulu," jelasnya yang membuat penelitian selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan besar ini di samping mendapatkan pendapat daripada tiga doktor pakar.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain pula, Nora dalam fasa kembali aktif sebagai penyanyi dan turut meluahkan rasa syukur kerana jadual kerjanya sepanjang Ramadan dan Aidilfitri juga kini hampir padat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: