14 January 2026

UQASHA SENROSE TEGUR NETIZEN : "TAK PAYAH OVER & MELEBIH-LEBIH SANGAT... MACAM DIA PULA YANG BERCERAI"



"Tolonglah netizen tak payah over dan melebih-lebih sangat. Macam dia pula yang bercerai, jangan lebih-lebih."

Demikian tulis pelakon Uqasha Senrose, 34, dimana dia mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan keterlaluan susulan penceraiannya dengan pelakon Kamal Adli pada Isnin.

Uqasha yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, berkata, terdapat segelintir netizen yang berlebihan memberikan reaksi seolah-olah mereka terkesan dengan apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, tutur Uqasha lagi, dia tidak mampu menghalang orang ramai daripada terus bercakap dan membuat andaian sendiri mengenai isu rumah tangganya.

"Sigh (mengeluh), cakaplah apa pun nak. Buka surat cadangan kang... t@kut m@lu tak habis nanti," ujar pemilik nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, yang sebelum ini sah bercerai talak satu dengan Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin pukul 12.56 tengah hari.
Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: