08 March 2026

ALAMI KECED£RAAN - MATA AARON AZIZ TERKENA PANTULAN BOLA KETIKA SEDANG BERMAIN PICKELBALL



"Setiap setengah jam, doktor perlu letak ubat. Tak boleh buka mata, kalau buka dah b£ngkak," demikian kata pelakon Datuk Aaron Aziz, 50, dimana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan susulan mengalami keced£raan di bahagian mata sebelah kiri.
Aaron yang berkongsi perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial itu mengalami keced£raan terbabit dipercayai akib@t terkena pantulan bola ketika sedang bermain pickleball.

Dalam video berkenaan, Aaron yang sedang terbaring di katil hospital, memberitahu, dia tidak dapat menyertai sebuah acara bertemu peminat kerana mendapatkan rawatan di hospital.

Klik untuk gambar besar 
"Tak dapat hadir dan doktor tak benarkan saya keluar walaupun sekejap," jelasnya yang turut berkongsi perbualan doktor yang merawatnya dengan memberitahu terdapat luk@ pada bahagian berkenaan.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu dalam masa sama juga menjelaskan, dia mengalami kesuk@ran untuk membuka mata ketika ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: