20 March 2026

AYDA JEBAT DEDAH WAJAH ANAK KETIGA



"Assalamualaikum semua.. Anggun Mikayla kat sini..🐰

"Gambar kat sebelah takde Mimi so Mimi sorang kat post ni hihi.

"Gambar ni masa Mimi baru je keluar daripada perut Mama. 2.99 kg. Paling berat daripada adik beradik yang lain! Mesti mama makan banyak sangat jambu kan?

"Mama and Dadaa confuse nak panggil Mimi, Anggun atau Kayla? Nayla confirm panggil Mimi. Dia tak nak tukar mana yang sesuai ya?"

Klik untuk gambar besar

Demikian tulis penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, menerusi media sosial miliknya, dimana dia mendedahkan wajah anak ketiga, Mikayla yang dilahirkan pada 26 Januari lalu.

Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: