"Ibu (panggilan untuk Allahyarham Siti Sarah), anak perempuan awak bagi saya duit raya untuk pertama kalinya.
"Umur dia baru 13 tahun tetapi dah boleh bagi duit raya kepada satu keluarga. Hatinya sangat baik macam awak."
Demikian luah pelawak Shuib menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, dimana dia meluahkan rasa terharu apabila anak keduanya, Thalita atau nama penuhnya, Dzahira Talita Zahra, 13, sudah menyiapkan duit raya untuk ahli keluarga yang lain.
Kata-kata Shuib itu telah menyentuh hati ramai apabila dia seolah-olah menyampaikan ucapan tersebut kepada arwah isterinya yang meninggal dunia pada Ogos 2021.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian itu, Shuib menunjukkan wang kertas berjumlah RM250 dipercayai pemberian Thalita kepadanya dan dalam masa sama turut memuji isterinya, Watie Hanifiah kerana memberi didikan terbaik kepada anak-anak tentang rezeki.
"Ini semua hasil didikan Mummy Watie juga. Pandai didik anak-anak tentang rezeki. Alhamdulillah, syukur," ucapnya.
Untuk makluman, Thalita merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akib@t jangk1tan C0V1D.
Shuib kemudian kembali mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023 dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!












No comments:
Post a Comment