23 March 2026

NAMAKAN ANAK KEEMPAT, 'ALEYYA FAJR' - ALIF SATAR & ISTERI TIMANG PUTERI LAGI



Penyanyi dan pelakon, Alif Satar menerui perkongsian di media sosial telah mendedahkan nama anak keempatnya, dimana dia dan isteri, Shadila Halid sepakat menamakan 'Aleyya Fajr', sekaligus mendedahkan jantina bayi mereka.

"Kamu hadir tepat pada waktu yang seindah makna nama yang kami berikan, sayang — 'Fajar yang mulia'.

"Sesungguhnya Allah Subhanahuwataala adalah sebaik-baik Perancang.

Klik untuk gambar besar

"Semoga setiap langkah hidupmu sentiasa dipandu oleh kasih sayang dan petunjuk-Nya.

"Dalam genggaman jari halusmu itu, percayalah — Daddy akan sentiasa ada, menjaga dan mengiringi, dengan seluruh daya dan cinta.
"Assalamualaikum, dan selamat datang ke dunia, Aleyya Fajr," tulis Alif yang mendirikan rumah tangga bersama Shadila pada 15 September 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kini sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11; Ariana Mecca, 9; Muhammad Ali, 7; dan Aleyya Fajr.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: