18 March 2026

SISI PEMURAH FAZURA DIDEDAHKAN - INDIVIDU SIFATKAN SEORANG YANG RAJIN BERSEDEKAH TANPA PUBLISITI : "SETIAP JUMAAT AKAN ADA BANTUAN... SATU LORI PENUH DENGAN BERAS & KEPERLUAN ASAS"



Baru-baru ini, individu yang pernah bekerjasama dengan Nur Fazura telah mendedahkan sisi peribadi pelakon dan usahawan, dimana dia merupakan seorang pemurah.

Perkongsian itu dibuat menerusi Thr£ads oleh Hafiz Mohamed Nassir yang menyifatkan Fazura sebagai seorang yang suka bersedekah tanpa menghebahkan kepada umum.

"Sepanjang pengalaman saya bekerja dengan Fazura, ada satu perkara yang ramai orang mungkin tidak tahu tentang dirinya. Fazura adalah seorang yang sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak pernah suka menceritakan perkara itu kepada umum.

"Banyak perkara baik yang dia lakukan secara senyap dan penuh keikhlasan," kata Hafiz yang turut berkongsi bahawa Fazura secara konsisten menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada golongan yang memerlukan termasuk anak-anak yatim.

Klik untuk gambar besar

"Antara yang saya sendiri pernah lihat, setiap hari Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas.

"Perkara itu dilakukan secara konsisten, tanpa hebahan dan tanpa publisiti. Itulah sifat sebenar Fazura," ujarnya dimana perkongsiannya itu telah mencvri perhatian ramai.

Dalam pada itu, Hafiz turut menyifatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini sebagai seorang yang baik hati, lemah lembut dan juga berkasih sayang.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata bersetuju dengan pendapat Hafiz mengenai Fazura, dimana mereka juga menyifatkan pelakon itu seorang wanita yang baik hati dan pemurah dengan senyuman.

"Saya pernah jumpa Fazura, dia memang baik hati."

"Fazura ini memang tidak pernah lepas dengan senyuman. Tenang sahaja tengok dia," kata netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: