24 April 2026

ANAK DIJADIKAN 'UMP4N' BURUKKAN REPUTASI - BETTY BANAFE LUAH RASA K£SAL



"Anak-anak yang enggan menziarah datuk dan nenek mereka. Itu keputusan mereka sendiri. Bagi saya, jika perkara itu mendatangkan tekanan kepada anak-anak, saya tidak boleh memaksa mereka.

"Sebelum ini pun selama tujuh tahun tiada mas@lah. Saya pernah minta mereka pergi, tetapi apabila anak tidak mahu, kita sebagai orang dewasa kenalah fikir kenapa?

Demikian tutur pelakon dan usahawan, Betty Benafe, 47, di mana t£gasnya, dia sama sekali tidak pernah menghalang dua anaknya untuk menziarahi keluarga mentua di Amerika Syarikat (AS).

Kata Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe, keputusan untuk tidak mengikuti bekas suaminya, Bruce Dargus, dibuat sendiri oleh anak-anaknya iaitu Julia Claire, 13, dan Bruce Dean (Dino), 10.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, dakwa Betty, anak-anaknya terutama Dino, berasa t@kut kerana bimbang dijadikan 'ump@n' untuk memburukkan reputasi ibunya.

Malah dedahnya lagi, anak-anaknya sudah letih dengan c£muhan serta pandangan sin1s terhadapnya yang sering didengari ketika bersama keluarga bekas suami.

"Anak-anak penat dengar cerita bukan-bukan fasal saya. Pihak di sana (keluarga bekas suami) sentiasa bercakap buruk tentang saya dan keadaan ini berlaku bertahun-tahun. Sampai bila mereka hendak bertahan? Mereka ada hak untuk gembira dalam persekitaran p0sitif," ujarnya.
Disamping itu, Betty juga berharap kem£lut ini menjadi pengajaran kepada pasangan bercerai agar tidak menjadikan anak sebagai m@ngsa eg0.

Sebelum ini, tular video memaparkan bekas suami Betty bersama ibu bapanya dan pegawai Jabatan Agama Islam hadir ke kediaman pelakon itu untuk menuntut anak.

Selain itu, anak sulung Betty iaitu Julia Claire turut memuat naik video meluahkan rasa penat berdepan k0nflik berpanjangan ibu bapanya yang telah bercerai sejak 10 Julai 2019.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: