28 April 2026

HORMATI KEPUTUSAN MENTUA - AZAR AZMI KETEPIKAN KARIER, TAK NAK DERH4KA : "TINGGI & PANDAI MACAM MANA PUN, PADA AKHIRNYA SEBAGAI SEORANG ISTERI, TETAP KENA HORMAT"



"Saya menghormati keputusan mentua. Ya, saya sayangkan karier sebab sudah membinanya sekian lama. Pada ketika itu saya pun berada di satu titik yang tinggi dengan usaha yang saya buat." 

Itulah kata pelakon Azar Azmi, di mana dia tampil menjelaskan sebab disebalik keputusannya memperlahankan kariernya dalam dunia seni ketika dia berada di puncak populariti.

Azar yang berkongsi perkara tersebut menerusi satu p0dcast, berkata, keputusan itu dibuat kerana menghormati permintaan mentua selepas mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar

Akui Azar lagi, dia perlu hormat pada mentua serta suami apabila bergelar isteri dan dia rela untuk ketepikan kariernya.

"Tapi bila sudah berumah tangga, saya perlu hormati orang yang lebih tua dan ketua keluarga saya. 
"Jadi, tinggi dan pandai macam mana pun, pada akhirnya sebagai seorang isteri, tetap kena hormat.

"Senang cerita, saya tak nak derh@ka dan mendengar kata. Mendengar kata mentua," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: