Tahniah diucapkan kepada penyanyi Sufian Suhaimi, 34, apabila dia kini sudah bergelar bapa selepas isterinya, Rania Al Sada selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka iaitu bayi perempuan pada 24 April lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan Sufian menerusi media sosial, di mana dia turut memberitahu, bayinya itu dilahirkan secara normal.dengan berat 2.71 kilogram di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.
Disamping itu, Sufian neluahkan rasa syukur, selain memberitahu, dia sendiri dapat merasai pengalaman berbeza apabila turut menemani isteri di dewan bersalin.
"Saya teman dan melihat sendiri proses isteri bersalin.. Satu pengalaman baharu dan ia membuatkan saya lebih menghargai isteri serta ibu.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Sufian berkata, dia juga mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya dan keluarga mentua dalam menjaga bayi.
Kongsi penyanyi itu lagi, dia memberi gambaran anak sulung mereka bakal diberi nama dengan huruf 'SR' iaitu gabungan namanya dan isteri.
"Selepas bersalin, kami mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa. Iyalah, kami masih baharu dan belum ada pengalaman menjaga bayi. Banyak perkara yang perlu kami belajar.
"Untuk nama anak, kami belum membuat keputusan lagi, tetapi yang pasti namanya bermula dengan huruf SR," kongsinya. Untuk makluman, Sufian dan Rania sah bergelar suami isteri pada 2 Mei 2025.
Sebelum berkahwin, Sufian juga mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment