“Dah Tak Ingat Dan Tak Penting, " demikian tulis Jefri Nichol mengenai hubungsnnya dengan Ameera Khan, yang terputus ditengah jalan.
Semuanya gara-gara dia disoal mengapa tak belajar bahasa Kelantan ketika bersama Ameera?
Seterusnya, hantaran pelakon Indonesia, itu, menjadi perhatian apabila dibanjiri komen daripada rakyat Malaysia yang menggunakan dialek Kelantan sehingga mencetuskan suasana kelakar dan mencuri hati.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Jefri turut menyentuh mengenai isu peribadinya yang menjadi bahan gurauan di media sosial, khususnya berkaitan hubungan lamanya bersama Ameera Khan.
Menurutnya, dia tidak berkecil hati apabila dirinya dijadikan bahan jenaka, namun berharap agar perkara tersebut tidak melibatkan ahli keluarganya.
Untuk makluman, hubungan cinta antara Jefri dan Ameera sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai, apatah lagi Ameera merupakan adik kepada selebriti terkenal Neelofa.
Bagaimanapun, hubungan mereka itu berakhir begitu sahaja menjadikan ia satu modal dan topik hangat di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment