26 April 2026

KONSERT WINDS OF GLORY: AM:PM - AMIR MASDI TERHARU PERDANA MENTERI, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM HADIR, PUJI PERSEMBAHANNYA BERSAMA SPWINDS



"Saya sangat terharu bila Perdana Menteri 'happy' dan bila beliau gembira, sekali gus ia adalah satu pencapaian buat kami.

"Bila beliau bagi pujian dan komen buat saya berbesar hati untuk terima bukan untuk saya saja tapi SPWinds juga. Kalau SPWinds tiada, suara saya tak sesedap itu sebenarnya dan juga pasukan produksi serta semua yang terbabit.

"Secara peribadi, saya bersama SPWinds dan semua yang terbabit nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sokongan dan komen p0sitif darinya."

Demikian kata penyanyi Amir Masdi, 30, di mana dia meluahkan rasa terharu apabila persembahan 'Winds of Glory: AM:PM - Amir Masdi dan SP Winds in Concert' mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menggembirakan, persembahan Amir bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,700 penonton.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Amir berkata, persembahan konsert berkenaan yang mendapat pujian dan maklum bal@s p0sitif daripada Perdana Menteri itu adalah satu pencapaian buatnya dan SPWinds.

Mengulas mengenai persediaan persembahan konsert, kongsi Amir, pihaknya dan SPWinds sudah berusaha memberikan persembahan yang terbaik untuk kepuasan kepada penonton yang hadir.

"Sudah pasti bila dapat tahu kehadiran Perdana Menteri yang sangat kita hormati, kami juga mahu beri yang terbaik dari segi audio, visual, cara berinteraksi dan sebagainya.
"Saya dan pasukan memang sudah berh£mpas pulas buat persediaan dari segala aspek nyanyian, percakapan dan pergerakan kerana ia memainkan peranan sangat besar dalam persembahan," ujarnya.

Disamping itu, ditanya pula lagu kegemaran Perdana Menteri yang disampaikannya dalam persembahan itu pada malam tadi, Amir memberitahu, ia dipilih oleh pihak SPWinds.

"Saya dimaklumkan beliau suka lagu dendangan Datuk M Nasir dan lagu Azizah dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sedangkan saya tidak pernah menyanyikan lagu Azizah begitu juga SPWinds tidak pernah buat persembahan lagu itu.
"Namun, saya 'study' (kajian) lagu itu dan kami ambil tugas dan tanggungjawab sama-sama. Ia juga buat saya dan SPWinds lebih teruja dan kami buat susunan muzik yang lebih segar. Alhamdulillah, beliau suka dengan persembahan kami pada malam ini," tuturnya.

Sementara itu, kata Anwar, persembahan tersebut membuktikan keupayaan pendidikan negara dalam melahirkan generasi muda yang berbakat dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa.

Ulas beliau lagi, kejayaan SPWinds meraih pengiktirafan global termasuk Anugerah Emas di Vienna menjadi bukti kukuh bahawa ekosistem pendidikan negara yang disokong guru, ibu bapa dan masyarakat mampu mencungkil bakat serta membina sahsiah unggul.
Menurut beliau, kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan penggiat seni profesional seperti Amir Masdi bukan sahaja memperkaya pengalaman pembelajaran, malah membuka ruang lebih luas kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.

"Malam tadi mengadiri konsert 'Winds of Glory' oleh Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra bersama Amir Masdi yang memperlihatkan bagaimana pendidikan yang tuntas mampu melahirkan generasi muda yang berdaya saing, bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di pentas antarabangsa.

"Ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu manifestasi bagaimana pendidikan yang tuntas mampu membentuk generasi berani dan kompetitif di pentas dunia.
"Kejayaan SPWinds meraih pengiktirafan antarabangsa, termasuk Anugerah Emas di Vienna, adalah cerminan bahawa ekosistem pendidikan kita—yang didukung guru-guru, ibu bapa dan masyarakat berupaya menyemarak bakat serta membina sahsiah unggul.

"Justeru, kerjasama strategik bersama penggiat seni profesional seperti Amir Masdi tidak semata memperkaya pengalaman pembelajaran, bahkan menjadi wahana penting dalam memperluas ufuk pemikiran dan keyakinan anak-anak kita.

"Saya menyeru agar usaha murni ini terus disokong oleh semua pihak, termasuk sektor swasta dan masyarakat, demi memastikan perjalanan anak-anak ini ke pentas dunia seperti World Music Contest 2026 dapat dijelmakan.

"Walhasil, inisiatif seperti ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi tentang membina legasi generasi yang berani, berbudaya dan berdaya saing di persada global," kata beliau dalam satu kenyataan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: