Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu telah memerintahkan usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman untuk membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Perkara itu diputuskan oleh Hakim Roslan Mat Nor selepas memihak kepada Abdul Kadir dalam tuntutan berkaitan dakwaan hut@ng pel@buran berjumlah RM30 juta.
Selain pamp@san, mahkamah turut menetapkan usahawan berkenaan perlu menanggung kos perbicaraan sebanyak RM50,000.
Perintah injunksi juga dikeluarkan bagi menghalang Aliff daripada terus mengeluarkan atau menyebarkan kenyataan berunsur fitn@h sama ada secara sendiri atau melalui pihak lain.
Hakim dalam masa sama turut mengarahkan semua kandungan berkaitan yang pernah dimuat naik dipadam daripada platform media sosial dalam tempoh tujuh hari.
Bukan itu sahaja, Aliff juga perlu mengemukakan jaminan bertulis bahawa dia tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang boleh menc£markan reputasi plaintif.
Klik untuk gambar besar
Kenyataan tersebut didakwa memberi gambaran seolah-olah beliau mempunyai hut@ng jutaan ringgit, sekali gus menc£tuskan pelbagai reaksi neg@tif orang ramai.
Plaintif turut menuntut ganti rugi termasuk libel serta perintah mahkamah agar defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dan tidak mengulangi perbuatan berkenaan.
Dalam pembelaannya, Aliff mendakwa dia telah mel@bur RM30 juta melalui satu perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan beberapa pihak lain.
Usahawan terbabit juga mendakwa pelaburan tersebut tidak dipulangkan seperti dipersetujui serta terdapat pelanggaran terhadap syarat-syarat perjanjian berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment