Meskipun kisah rumah tangga sudah berakhir sejak dua tahun lalu, bekas isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, 31, masih dilabel sebagai peny0ndol.
Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, bagaimanapun berlapang dada, selain berkata, dia tidak mampu mengawal setiap kata neg@tif yang dilemparkan netizen terhadapnya di media sosial.
Dalam pada itu, ujar Ira, sokongan daripada keluarga terutama ibu bapanya banyak membantu dia untuk kekal tenang berdepan situasi tersebut.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin ketenangan ini datang daripada ayah dan ibu. Mereka lebih percaya kepada saya daripada fikirkan apa orang luar kata kerana mereka yang hadap dan lebih tahu," tuturnya.
Tambahnya lagi, dia juga sudah lali dengan komen neg@tif yang dilemp@rkan terhadapnya di media sosial.
Namun, Ira berkata, dia memilih untuk tidak melayan perkara tersebut dan lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga sebagai cara untuk mengatasinya.
"Kalau komen neg@tif memang masih ada, tapi saya dah imun. Ayat mereka pun sama saja, jadi dah macam tak lut.
"Tapi ada hari bila mood tak baik, tetap terk£san juga bila membaca. Jadi saya ambil pendekatan 'whatever' dan buat benda lain," jelasnya.
Dalam pada itu, akui Ira, dia sering mendapat pandangan sin1s ketika berada di tempat awam, namun tidak pernah menerima s£rangan secara berdepan.
"Bercakap secara depan memang tiada, tapi pandang sin1s itu biasa. Tiada lagi yang berani datang s£rang depan-depan, mereka kan 'keyboard warrior'," katanya.
Untuk makluman, Ira mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 6 Januari 2023 di selatan Thailand, sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari tahun sama.
Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Ira dan Syamsul sah bercerai pada 5 September 2024.
Sebelum itu, Syamsul pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, Syamsul dan Sarah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment