26 April 2026

PENUH EMOSI 'KONSERT THE LAST K0PEK SENARIOUNION 30 TAHUN' : "SEKIRANYA ARWAH MASIH HIDUP, DIA SEBAHAGIAN DARIPADA KONSERT INI" - SENARIO



Malam tadi telah berlangsungnya 'Konsert The Last Kopek Senariounion 30 Tahun' di Idea Live Arena, di Damansara, di mana ia bukan sahaja mengubati rindu peminat terhadap kumpulan lawak legenda Senario, malah turut diselubungi em0si menerusi segmen penghargaan istimewa kepada bekas anggotanya, Allahyarham Hamdan.

Sebagai simbol penghormatan terhadap legasi yang ditinggalkan arwah sahabat mereka itu, Senario mengambil kesempatan untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hamdan serta menyerahkan trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Dalam suasana penuh sayu, Azlee berkata, sumbangan termasuk trofi serta lagu 'Doa Untuk Ayah' yang disampaikan Senario adalah tanda penghargaan buat Allahyarham Hamdan yang pernah menjadi nadi penting dalam perjalanan seni mereka.

"Sebenarnya lagu 'Doa Untuk Ayah' adalah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Serba Sal@h yang dianggotai arwah bersama Wahid dan Ilya, jadi malam ini kita bawakan untuk mengenang arwah bersama-sama di konsert ini.

Klik untuk gambar besar

"Kita sudah kehilangan seorang anggota, tetapi tetap tidak melupakan keluarga mereka, sebab itu kita panggil mereka bersama kita malam ini. Sekiranya arwah masih hidup pun, dia sebahagian daripada konsert ini.

"Malah trofi ABPBH pun kami sudah lama serahkan dan malam ini kami beritahu peminat, ini adalah hasil undian peminat. Jadi kami secara berkumpulan serahkan trofi ini kepada anak arwah untuk disimpan," katanya.

Anak sulung Allahyarham Hamdan, Muhamad Syazreen Haqem Ahmad Hamdan, hadir menerima trofi dan turut menyampaikan lagu 'Doa Untuk Ayah' bersama Senario malam tadi.
Sebelum ini, Senario pernah menyatakan hasrat untuk menghadiahkan trofi Artis Komedi Popular yang dimenangi menerusi ABPBH 36 kepada keluarga Allahyarham Hamdan, sekali gus membuktikan jasa dan kenangan bersama arwah tidak pernah dilupakan.

Untuk makluman, Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada 5 Januari 2024 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akib@t jangk1tan kum@n dalam dar@h.

Hamdan dilahirkan di Batu Gajah, Perak dan memenangi program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 bersama Ilya serta Wahid sebelum membentuk kumpulan Senario pada 1996 bersama Shamsul Ghau Ghau, Azlee, Mazlan, Ilya, Wahid dan Farouk Hussain.
Genap 30 tahun bersama, kumpulan ini menghadiahkan persembahan bertenaga menerusi konsert 'The Last Kopek Senariounion 30 Tahun'.

Konsert yang bermula seawal 8.40 malam hingga 11.10 malam itu menyaksikan Senario tampil penuh ceria menghiburkan penonton dengan kira-kira 19 lagu yang dipersembahkan, sekali gus mengembalikan nostalgia kegemilangan mereka di pentas hiburan.

Antara lagu popular yang dinyanyikan ialah 'Cinta Sate', 'Boria Miskin Kaya', 'Kerja', 'Cepat Kaya', 'Dikir Barat Siang Malam', 'Motor Kapchai', 'Aspalela', 'Sebelum Sesudah' dan 'Cari Tapak'.

Tidak hanya itu, Senario turut mengundang penyanyi Aina Abdul menerusi segmen khas meraikan Hari Raya. Senario dan Aina berkolaborasi menyampaikan lagu 'Joget Toleh Menoleh', 'Zapin Cinta SMS' dan 'Zapin Usik Mengusik'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: