"Memang rindu bila tengok peminat masih ingat momen lama tapi itu adalah fasa lama saya... kehidupan kena terus ke hadapan.
"Hubungan kami (Syasya dan Dolla) semua okey, kami masih kawan, hari tu pun ada saja berjumpa dengan mereka waktu bulan puasa sebab kami satu label muzik sama."
Itulah kata penyanyi Syasya Rizal, 25, di mana dia mengakui perasaan rindu terhadap kumpulan Dolla selepas dua tahun meninggalkannya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Syasya turut mengulas mengenai kemungkinan untuk kembali bergabung apabila dia tidak menolak peluang tersebut, namun menjelaskan ia perlu disesuaikan dengan imej dirinya sekarang.
Jelasnya lagi, perubahan itu penting memandangkan dia kini berada dalam fasa kehidupan yang berbeza berbanding ketika bersama Dolla sebelum ini.
"Kalau ada rezeki, boleh saja. Tapi mungkin kena ubah sikit dari segi muzik atau konsep supaya sesuai dengan imej saya sekarang... kena pastikan kedua-dua pihak selesa," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment