Selepas menjalani rawatan di sebuah hospital, pelakon Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan semakin stabil.
Perkembangan terkini kesihatan pelakon itu dikongsikan oleh anaknya, Manda menerusi satu hantaran di media sosial.
Dalam pada itu, jelas Manda lagi, walaupun menunjukkan tanda-tanda pemulihan, ibunya itu masih belum kuat sepenuhnya untuk bergerak sendiri.
"Selepas menerima dua pain dar@h dan satu dos zat besi, Alhamdulillah keadaan bunda kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
"Namun begitu, buat masa ini bunda masih perlu menggunakan kerusi roda kerana keadaannya masih lemah dan memerlukan pemantauan rapi," tulisnya.
Disamping itu, Manda menerusi hantaran sama turut mendedahkan bahawa dia terpaksa membawa ibunya pulang ke rumah buat sementara waktu.
"Manda terpaksa membawa pulang bunda buat sementara waktu, kerana setakat ini itulah sahaja kemampuan yang ada.
"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan doa yang baik-baik buat bunda dan kami sekeluarga," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment