"I choose to be a housewife and leave everything. K0rbankan segala-galanya hanya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak saya.
"Dan masa tu, saya fikir itu adalah keputusan yang tepat tetapi kemudiannya ada pula circumtances yang datang. Sekarang saya berubah pula menjadi seorang ibu yang bekerjaya.
"Kalau satu hari nanti saya berkahwin semula dan kembali kepada diri saya yang lama, saya tak kisah sebenarnya... I love that sebenarnya. Tapi mungkin ada perubahan sikit lah. Bukan macam dulu lagi."
Itulah kata pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana, 41, di mana dia mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.
Menerusi sepotong video pendek sesi temu bualnya bersama audio siar Studio Sembang, Puteri Sarah memberitahu, dia pernah membuat keputusan paling besar dalam hidup apabila memilih untuk meninggalkan kerjaya demi memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga.
Klik untuk gambar besar
T£gas Puteri Sarah lagi, pengalaman lampau dibuat tanpa berfikir panjang dan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
"Kalau dulu saya betul-betul bagi kesemuanya. I give evrything, Kalau anda rasa nak k0rbankan segala-galanya, nak jadi suri rumah, tinggalkan karier tanya balik diri, berbaloi tak? Kalau berbaloi you dapat the happiness tu, okay lah," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah kini menjalinkan hubungan baik bersama bekas suaminya iaitu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof selepas melalui kem£lut yang panjang.
Jelas Puteri Sarah, dia bersama Syamsul berjaya mencapai persefahaman terutama dalam menguruskan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
"Saya tak mahu ulas lebih lanjut, kita 'move on' sahaja. Masing-masing sudah ada fokus sendiri. Apa yang sudah jadi, biarlah terjadi.
"Hubungan kami tetap baik kerana kami mengamalkan 'co-parenting'. Tiada mas@lah dalam menguruskan anak. Kita tak nak ada mas@lah di kemudian hari. Hari Raya tempoh hari, dia turut beraya bersama anak.
"Pada hari raya kedua saya juga turut meraikan bersama keluarganya," kongsinya yang juga memaklumkan, hubungan bersama keluarga mentua akan kekal baik, selain tumpang gembira apabila melihat bekas suami kembali kepada ibu bapanya.
"Alhamdulillah, memang gembira melihat mereka kembali berbaik. Itu yang diharapkan semua pihak sejak awal," ujar Puteri Sarah yang dalam masa sama turut mengulas mengenai jodoh, di mana perkara itu bukan lagi menjadi keutamaan dirinya buat ketika ini.
Sebaliknya kata Puteri Sarah, dia sibuk mengembangkan perniagaan selepas berjaya memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan pr0duk.
"Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan Allah. Doakan yang terbaik. Tapi memandangkan perniagaan saya semakin membesar dan sudah mempunyai kilang sendiri, saya mahu fokus untuk mengembangkannya lagi," luahnya.
Tambahnya lagi, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan yang lebih p0sitif.
"Sekarang saya fokus kepada perubahan. Dah cukup huru-hara sebelum ini, jadi saya rasa kini berada dalam fasa bahagia," jelasnya.
Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014, namun pasangan ini sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment