Pengurus Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak mengesahkan penyanyi nombor satu negara itu telah terbabit dalam kemal@ngan melibatkan empat buah kereta di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis.
"Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang Siti. Kami baru saja selesai mengadakan persembahan di Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2) berlaku kemalangan.
"Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya berada dalam Jarak beberapa kereta di belakang," maklum Rozi yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya pada petang Khamis.
Dalam pada itu, Rozi turut memaklumkan keadaan terkini Siti yang dilaporkan mengalami b£ngkak dan l£bam pada bahagian kaki.
Klik untuk gambar besar
"Kami membawa Siti keluar dari kereta yang mengalami kemal@ngan dan masuk ke dalam kereta kami. Siti telah ke hospital, mengalami l£bam dan b£ngkak pada kaki. Alhamdulillah segalanya selamat. Terima kasih atas doa semua," katanya.
Sementara itu, Siti menerusi media sosial miliknya telah meluahkan syukur dipercayai berkait kemal@ngan ini : "Alhamdulillah," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment