16 April 2026

USTAZ KAZIM ELIAS DILAPORKAN MASUK ICU : "MOHON DOA SEMUA BUAT KESIHATAN BELIAU"



"Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau. - AdminDUKE."

Itulah kata satu kenyataan di Facebook, di mana pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital untuk menerima rawatan, semalam.
Admin Facebook Ustaz Kazim berkongsi perkara itu dalam hantaran klip video, yang memohon doa daripada orang ramai tanpa memaklumkan peny@kit dialami pendakwah itu.

Menerusi perkongsian klip video yang berdurasi empat saat itu, Ustaz Kazim dilihat ditolak di atas katil oleh jururawat sebelum dibawa masuk ke ICU.

Sementara itu, dalam hantaran terdahulu, Ustaz Kazim turut menulis ringkas, "Doakan saya."

Berikutan itu, ruangan komen perkongsian itu telah dipenuhi dengan ucapan yang mendoakan beliau diberi kesembuhan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: