Sebelum ini, nama pelawak dan usahawan, Shuib hangat diperkatakan apabila pelawak Jep Sepahtu memuat naik hantaran luahan seolah sudah muak apabila nama dan kisahnya terus 'dipergunakan'.
Jep menerusi hantaran tersebut, berkata, perkara tersebut sudah banyak kali berlaku dan dia juga sudah memohon maaf, selain turut memuat naik paparan mesej bersama Shuib namun tidak berbalas.
Dalam pada itu, Jep turut menjelaskan mengenai bayaran yang sering disebut, di mana mereka tidak pernah berurusan berkumpulan sebaliknya secara individu.
Berhubung luahan Jep itu, akaun media sosial Shuib telah dis£rbu oleh netizen yang bertanyakan mengenai keadaannya, serta ada yang menantikan hantaran terbaru.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment