Showing posts with label Berita ringkas. Show all posts
Showing posts with label Berita ringkas. Show all posts

04 December 2022

"AKHIRNYA... ALHAMDULILLAH" - OGY AHMAD DAUD AKUI TERIMA PINANGAN, TAK SABAR MENANTI HARI BAHAGIA



"Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita," itulah tulis pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud yang mendedahkan dia akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.

31 December 2017

ISTERI HAFIZ SUIP LAHIRKAN BABY BOY


Tahniah diucapkan buat Hafiz Suip, 27, apabila isterinya Nureffy Jasreel Abdullah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 8.06 pagi tadi.

"Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.



"Jutaan terima kasih kepada isteri saya, Nureffy Jesreel kerana memberikan saya momen yang indah sepanjang tahun ini.

"Terima kasih juga kepada ibu bapa kami, keluarga serta sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua," ujarnya penuh syukur.

Untuk info, Hafiz dan Nureffy bernikah pada 14 Mei 2016



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 December 2017

ZIZIE EZETTE LAHIRKAN BAYI LELAKI KEMBAR AWAL SEHARI



"A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!! Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5:48am & 5:50am, weighing 2.74 (baby boy1) and 2.78 (baby boy2).

"Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yg x terhingga kpd semua yg telah mendoakan saya," demikian tulis Zizie Ezette, 39, yang selamat melahirkan bayi kembar lelaki secara pembedahan kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.



"Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua.

"Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya," kata Datuk Seri Bung Moktar pula melalui IGnya.

Tahniah diucapkan!



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 September 2017

16 GAMBAR - SUASANA 'BABY SHOWER' NINA SABRINA & JOVIAN MANDAGIE


Bakal menimang cahaya mata tidaka lama lagi, pasangan Jovian Mandagie dan Nina Sabrina Ismail Sabri telah mengadakan majlis 'baby shower' bersama keluarga mereka kelmarin.



24 September 2017

9 GAMBAR - SEKITAR BIRTHDAY KE-7 NOAH, ANAK ASHRAF SINCLAIR & BCL


Pada 22 September lalu, anak kepada pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Noah Sinclair telah genap usia 7 tahun.



03 September 2017

10 GAMBAR - AKSI TERKINI TUN ADRIEL MIKAEL, ANAK ARIL AF7


Nampaknya, pejam celik... dah besarlah Tun Adriel Mikael, anak sulung kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Aril Pilus ini.



20 August 2017

38 FOTO - NORA DANISH SEKELUARGA BERCUTI DI SWITZERLAND & PERANCIS


Pelakon dan usahawan, Nora Danish baru-baru ini telah pergi bercuti bersama suami, Nedim Nazri serta anak-anak mereka di negara Eropah iaitu Switzerland dan Perancis.

Melihat pada gambar sekitar percutian yang dikongsi oleh Nora dan suami menerusi laman Instagram, mereka sekeluarga ini kelihatan seronok apabila dapat meluangkan masa bersama ketika di sana.

Jom lihat!



25 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA IMRAN ISKANDAR, ANAK RAJA FARAH


Pejam celik... dah setahun rupanya usia Imran Iskandar, anak kepada Raja Farah dan Iskandar Ismail ini. Untuk makluman, anak sulung pasangan ini dilahirkan pada 10 Ogos lalu.



14 August 2017

28 GAMBAR - AKSI MIA AHMAD & SUAMI BERBULAN MADU DI GREECE & TURKI


Akhirnya pelakon Mia Ahmad dapat pergi berbulan madu bersama suaminya, penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi selepas mendirikan rumah tangga pada 13 Januari lalu.



12 August 2017

15 GAMBAR - NEWBORN PHOTOSHOOT ANAK ALIFF AZIZ & BELLA ASTILLAH


Gambar-gambar official 'newborn photoshoot' untuk Mohamad Ayden Adrean, anak sulung kepada Aliff Aziz dan Bella Astillah yang dilahirkan pada 8 Julai lalu.



06 August 2017

11 GAMBAR - SUASANA 'HENNA NIGHT' UMMI NAZEERA & SUAMI


Sekitar 'Henna Night' pelakon Ummi Nazeera, 26, dan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30, yang diadakan baru-baru ini dengan bertemakan 'Bollywood'.



22 July 2017

7 GAMBAR - WAJAH & GELAGAT ANAK SAHARUL RIDZWAN



Pada 6 Jun lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir telah menimang cahaya mata pertama iaitu seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali.

Menerusi muatnaik terkini di laman Instagram, pasangan yang bernikah pada 16 September 2016 itu telah mendedahkan wajah anak sulung mereka itu.



04 July 2017

5 GAMBAR - WAJAH TERKINI YUSOF LEONNE, ANAK KEDUA LISA & YUSRY



Gambar-gambar wajah terkini Yusof Leonne, anak kedua Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim yang dilahirkan pada 23 April lalu.

Melihat di ruangan komen pada gambar yang dikongsikan pasangan menerusi laman Instagram, ramai yang geram dengan kecomelan Yusof yang semakin 'chubby' ini.

Untuk makluman, anak lelaki Lisa dan Yusry kini berusia 2 bulan lebih.



27 June 2017

8 GAMBAR - AKSI AYU RAUDHAH BERAYA DALAM PANTANG



Pada 12 Jun lalu iaitu pada ramadan ke-17, isteri kepada Zaquan Adha, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketiga yang diberi nama Laura Zuleykha.

Jadi, di hari lebaran ini, Ayu nampaknya terpaksa telan air liur melihat pelbagai hidangan menyelerakan yang terhidang depan mata. Heh!

"Raya nanti pun orang sibuk makan rendang saya makan sup ikan sahajalah, berpantang, kan," kata Ayu sebelum ini.

Untuk makluman, hari ini merupakan pantang ke-16 bagi Ayu.



25 June 2017

11 GAMBAR - RAGAM SHUIB SEPAHTU SEKELUARGA BERAYA



Alahai ... bukan main 'berposing' keluarga Shuib Sepahtu & Siti Sarah Raissuddin ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi laman Instagram, pasangan ini telah berkongsi beberapa keping gambar ragam mereka sekeluarga menyambut hari raya pertama.

Untuk makluman, Shuib sebelum ini telah memberitahu bahawa dia disahkan dijangkiti demam campak selepas membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik sebelum hari raya tiba.

Dalam pada itu, ramai pengikut Instagram Shuib berharap agar dirinya itu segera sembuh.



5 GAMBAR - FIZZ FAIRUZ KONGSI WAJAH TERKINI ANAK KEDUA, AURORA



"Selamat hari raya... hahahahahahah perut sakit.... 😭😭😭😭😭😭😭," demikian kata pelakon Fizz Fairuz mengenai ragam dirinya di pagi raya pertama.

Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi wajah terkini anak keduanya, Aurora yang lahir 26 September 2016.

"Pada yang bertanya napa muka baby Aurora berstiker, sabaq na.. nanti masa raya kami tunjuk anak kami," ujar isteri Fizz, Almy Nadia sebelum ini di IGnya.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang mengatakan wajah anak kedua pasangan ini lebih mirip ibunya.



21 June 2017

10 GAMBAR - KEITH FOO & ISTERI DEDAH WAJAH ANAK, SKYLAR RAYMOND-FOO



Pada 30 Mei lalu, pelakon Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond telah menimang cahaya mata pertama iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Skykar Raymond-Foo.

Menerusi muatnaik terkini di laman Instagram, pasangan ini telah mendedahkan wajah anak perempuan mereka itu.



16 June 2017

3 GAMBAR - SUASANA SAMBUTAN HARI LAHIR YUSRY YANG KE-44



"Hope you had a wonderful birthday Daddylove, we sayang you. @yusrykru.

"The favourite part of birthdays for the kids. Blowing the candles. 😍Rezeki Acik dpt tiga cake sekali utk birthday dia courtesy of Mommy, Zsa Zsa and Aini and Effie.

"Thank you so much to our dear families and friends for making his birthday a meaningful one.

"Everyone that came have been missing you since you have been working so hard everyday missing good sleep. And they wanted to be there for your birthday. :)



15 June 2017

5 GAMBAR - ALAHAI... GEBUNYA ALEENA ZIYA



Gambar-gambar terkini anak penyanyi Harris Baba dan Nik Naziha Zawawi bernama Alena Ziya yang dilihat makin gebu...

Difahamkan, anak sulung pasangan ini yang dilahirkan secara Normal pada 10 Februari lalu itu sudah memasuki usia empat bulan dan berat terkininya adalah 8 kilogram.

Jom lihat!



12 June 2017

PEMINAT PUJI PERNAMPILAN FATHIA LATIFF BERPURDAH



Pelakon Fathia Latiff, 30, yang ketika ini sedang berada Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya telah dipuji oleh peminat yang suka melihat dirinya mengenakan purdah.

Rata-rata netizen suka serta memuji bahawa Fathia tampak lebih manis dan cantik. Ruang komen gambar tersebut juga dipenuhi dengan pujian daripada peminat-peminatnya.