18 March 2008

PELANCARAN ALBUM MILA - PERSIS MUTIARA

Kemenangan Mila dalam Akademi Fantasia 5 telah membawa satu fenomena baru di mana Mila merupakan juara AF wanita yang pertama setelah lima musim sebelumnya telah didominasikan oleh juara lelaki. Malah kemenangan Mila juga dikatakan agak mengejut kerana selama hampir 12 minggu sebelumnya Mila berada di tangga yang tercorot dari teman-temannya yang lain.

Tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan bahawa Mila berjaya menjadi juara lantaran lagu Persis Mutiara ciptaan Ajai dan liriknya oleh Loloq yang menonjolkan kekuatan Mila sebenarnya.

Jika jawapannya 'ya' maka pasti banyak yang setuju kerana sehingga sekarang Persis Mutiara telah berjaya menduduki carta teratas di kebanyakan stesyen radio tanahair. Malah lagu yang dirakam secara "live" itu telah menonjolkan kekuatan vocal sebenar Mila.

Maka kerana itu, album studio perdana Mila ini telah menggunakan tajuk yang sama "Persis Mutiara" bersama dengan 7 lagi lagu terbaru.

Dengan menggunakan kepakaran penerbit-penerbit tersohor tanahair seperti Ajai, Roslan Aziz, Audi Mok dan Freddie Femadez sendiri album ini ternyata mempunyai kualitinya yang tersendiri.

Biar juga Persis Mutiara masih lagi menjadi siulan, tetapi dengan kehadiran album terbaru ini dipasaran, Mila sudah mula menerjah konti radio dengan lagu bernadakan pop-rock, Mila Bila Cinta ciptaan Audi Mok/Ad Samad. Lagu ini juga menjadi lagu pilihan kedua selepas Persis Mutiara.

Track pertama album ini, Ilham Dimatamu (Ajai/Loloq) telah memberikan Mila lebih ruang dalam mengekpresikan suaranya. Dengan susunan muzik yang baik disamping melodinya yang mendayu, ternyata lagu ini adalah diantara yang bakal menjadi pilihan pendengar.

Keistimewaan album ini adalah dengan kehadiran komposer yang telah lama tidak mencipta lagu, Freddie Fernandez dengan buah tangannya, Pergimu [Freddie Femandez/Habsah Hassan] dimana lagu ini adalah dicipta khas melodi dan liriknya sebagai mengenang tragedi kepergian adik Nurin Jazimin.

Aku Lebih Tahu [Ajai/Loloq] sekali lagi membawakan Mila sebagai seorang penyanyi balada yang baik. Mungkin keserasian Ajai dan Mila sudah mula kelihatan melalui lagu-lagu yang bernada sebegini.

Tidak tepat kebiasaan sesebuah album itu tanpa lagu-lagu segar yang boleh memberikan seseorang penyanyi itu bergerak pantas dipentas. Maka kehadiran lagu Gila (Audi Mok/Nurfatima) telah melengkapkan variasi album ini.

Selain daripada itu, lagu-lagu seperti Sekejam (Yuriz/Mukhlis Nor) dan Demi Cinta Selamanya (Ajai/Loloq) ternyata menjadikan album ini lebih berwarna indah.
Menepati tajuk album ini, Persis Mutiara telah dirakamkan kembali dalam bentuk gubahan studio sebagai memberikan mood yang berlainan daripada yang kita kebiasaan dengar sekarang. Biar pun dirakamkan kembali di studio tetapi ternyata penyampaian Mila tetap tidak berubah terhadap lagu berhantunya itu.

Disamping lagu-lagunya yang baik album ini juga telah diperkuatkan lagi dari segi teknik rakaman dan persembahannya. Ini adalah tidak menghairankan kerana kebanyakan tenaga yang telah menerajui album ini juga terdiri daripada nama-nama yang besar seperti sususan muzik yang telah membariskan Ajai, Roslan Aziz, Jason, Audi Mok, Freddie Fernandez, Sharon Paul, Mac Chew, Jenny Chin dan Sze Wan. Begitu juga para pemuzik undangan yang terdiri daripada Zain, Kelly, Audi Mok, Along Exist, Mac Chew, Sze Wan Nafie Spider dan Shah Slam telah memberikan lebih kualiti didalam penghasilan album ini.

Mila bakal mengadakan sessi bertemu peminat dan juga persembahan mini beliau diseluruh negara sebagai rangka promosi yang telah di aturkan. Oleh itu, kepada peminat-peminat Mila bersedialah untuk bertemu dengan artis kesayangan anda ini!

Kini terdapat juga 2 klip video lagu terbaru dari album Mila iaitu dari lagu Aku Lebih Tahu dan Demi Cinta Selamanya.

SENARAI LAGU:
1. ILHAM DI MATAMU
Ajai/Loloq
BMG Music Publishing (M) Sdn. Bhd./Luncai Emas Sdn. Bhd.

2. MILA BILA CINTA
Audi Mok/Ad Samad
Replay Music Sdn. Bhd.,/Fighting Poet Sdn. Bhd.

3. PERGIMU
Freddie Fernandez/ Habsah Hassan Maestro Publishing/Music Work Sdn. Bhd.

4. AKU LEBIH TAHU
Ajai/Loloq
BMG Music Publishing (M) Sdn. Bhd.,/Luncai Emas Sdn. Bhd.

5. GILA
Audi Mok/Nurfatima
Replay Music Sdn. Bhd.,/Replay Music Sdn. Bhd.

6. SEKEJAM
Yuriz/Mukhlis Nor
Fuse Music Publishing Sdn. Bhd.,/Adhicipta Sdn. Bhd.

7. DEMI CINTA SELAMANYA
Ajai/Loloq
BMG Music Publishing (M) Sdn. Bhd.,/Luncai Emas Sdn. Bhd.

8. PERSIS MUTIARA
Ajai/Loloq
BMG Music Publishing (M) Sdn. Bhd.,/Luncai Emas Sdn. Bhd.


GAMBAR-GAMBAR:













VIDEO:


Majlis Pelancaran di Damansara


Pembikinan Video klip di Indonesia



Temubual tentang album & cinta dihalang keluarga


WATCH IN YOUTUBE: CLICK HERE!
.
.
copyright myartis 2008
.
.

No comments: