"Kalau saya bersara, itu bermakna saya kena stop semua program TV. Sebab hingga sekarang saya masih lagi bergiat aktif dalam penerbitan drama-drama TV seperti Gerak Khas yang kini dah masuk tahun ke 10 dan beberapa drama lain.

"Bagi pendapat saya sendiri... saya masih muda dan mampu mengarah banyak drama lagi. Cuma kalau nak mengarahkan filem tu, memang saya tak mempunyai banyak masa dan ia kenalah diserahkan pada Syamsul yang mampu bergerak aktif.
"Bukan apa, contohnya kalau saya nak buat filem bercorak perlumbaan kereta... pastinya dailog dan skrip yang saya hasilkan tidak mengikut peredaran zaman lagi. Tapi kalau Syamsul yang buat, pastinya dia tahu apa slang anak-anak muda sekarang dan apa kemahuan mereka," ujarnya.
Mengenai cakap-cakap yang mendakwa Yusof sengaja memberi peluang pada anaknya sendiri untuk mengarah disebabkan pengaruhnya, kata Yusof itu semua tidak benar sama sekali. Sekiranya Syamsul tidak mengarah atau bekerja dengan betul, dia tetap akan memecat atau menyingkirkan Syamsul meskipun mempunyai pertalian darah.
"Bayangkan dalam Evolusi KLDrift, kami langsung tidak menggunakan teknik CGI. Apa yang Syamsul guna ialah khidmat stuntman dan khidmat pemandu professional yang memakan belanja lebih RM120,000.
"Awalnya memang saya tak yakin dengan perbelanjaan yang begitu tinggi untuk adegan cuma tiga minit sahaja. Kata saya 'gila ke?' nak keluar sampai banyak tu! Namun bila Syamsul yakinkan saya yang filem ini memang perlukan adegan ini dan dia kena tonjolkan sesuatu untuk kekuatan filem KLDrift, akhirnya saya izinkan.
"Pada fikiran saya, bila Melayu nak maju sekiranya saya terlalu sayangkan duit dan takut melakukan sesuatu pembaharuan. Jadi saya pun sanggup memperjudikan nasib semata-mata untuk menjayakan Evolusi KLDrift yang memerlukan banyak pengorbanan. Modal keseluruhan yang kami keluarkan hampir mencecah RM2.1 juta," ujar Yusof ketika ditemui di Matic, Kuala Lumpur.
Tambahnya, dia memang berpuas hati dengan pencapaian filem arahan anaknya itu dan amat bersyukur dengan kutipan yang amat memberangsangkan. Harapannya sekarang ialah semoga filem terbaru Syamsul iaitu 'Bohsia' yang bakal menemui penonton dalam bulan Oktober turut mencapai kejayaan sebagaimana Evolusi KLDrift yang dalam perancangan untuk Evolusi KLDrift2. - myartis
.
Artikel copyright myartis 2008
.
.
No comments:
Post a Comment