28 May 2008

DRAMA BERSIRI 'AYYAD' DI TV3

SELANGOR: 28 Mei - Sesuai dengan selera penonton sekarang yang mahukan drama ringan berbentuk kekeluargaan, Grand Brilliance Sdn Bhd akhirnya menerbitkan sebuah drama bersiri berjudul 'Ayyad' yang bakal menemui penonton mulai 2 Jun 2008 ini jam 7.30 Malam di TV3. Drama 13 episod itu merupakan hasil sutradara pengarah yang tidak asing lagi iaitu Fairuz Loy dan dibintangi oleh Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman, Mohamad Yadiy Ahmad Taufek, Errin Malek, Mas AF2, Cat Farish dan ramai lagi.

"Drama Ayyad merupakan kisah seorang kanak-kanak 8 tahun yang mempunyai cara tersendiri mentafsirkan apa yang berada di sekelilingnya. Penonton akan dapat melihat dunia dari perspektif kanak-kanak dan menyaksikan telatahnya yang mencuit hati," ujar Jalena Rejab selaku Penerbit Eksekutif ketika ditemui dalam majlis pratonton drama tersebut di Damansara, Selangor.


GAMBAR MAJLIS PRATONTON:
Klik untuk gambar besar..!!













VIDEO KLIP MAJLIS PRATONTON:
Sedutan drama, temubual Azhar Sulaiman & Rozita




TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

No comments: