29 May 2008

PENSIL, FILEM AIR MATA 2008

Penuh dengan pengajaran dan nilai agama

PENSIL, filem yang bakal menyentuh perasaan terbitan GENIUS PARADE SDN. BHD. (GPSB), merupakan filem pertama arahan pengarah baru M. Subash yang juga penulis skrip, penulis lirik lagu dan juga pelakon utama dalam filem ini. Subash juga merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi milik GPSB, GENIUS PARADE COACHING CENTRE yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur.



Filem ini mengisahkan kehidupan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul (lakonan M. Subash) amat sayang pada ibunya (Maimon Mutalib). Badrul juga mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya.

Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis. Mak Nek (Rominah Sidek) adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid (Jalil Hamid).

Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih sayang dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.

Menurut Subash, filem ini banyak menerapkan nilai-nilai moral yang penting dalam kehidupan harian. Tambahnya, filem sekarang kurang menitik beratkan aspek agama malah nilai-nilai moral juga sering diketepikan. Baginya, untuk mewarnai dunia perfileman, filem yang melahirkan perlulah mempunyai kelainan, dan sekaligus membina masyarakat berfikiran luas.

Menyedari hakikat filem-filem tempatan yang kini lebih mementingkan nilai komersial, Subash menyatakan bahawa filem Pensil bukan bertujuan untuk 'membuat duit' tetapi lebih bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat. Dia juga berpendapat bahawa masyarakat melayu memiliki nilai-nilai yang boleh menjadi contoh kepada bangsa lain, tetapi disebabkan oleh kesan nilai barat, nilai-nilai murni mereka semakin terhakis.

Menurut Surenthar selaku pembantu pengarah, dia berasa bangga atas produksi pertamanya itu yang tidak mementingkan keuntungan semata, malah lebih mementingkan kualiti, nilai kemasyarakatan dan realiti dalam sebuah filem. Dia menyatakan rasa puas hati dengan semua pihak yang terlibat dalam produksi ini termasuk penduduk kampung Jaya Setia Kuala Selangor (Batang Berjuntai) yang banyak memberikan kerjasama sewaktu pengambaran dijalankan.

Melakar sejarah, Habis Penggambaran ‘6 Hari’

PENSIL, yang tarikh tayangannya telah di tetapkan pada 12 Jun 2008 ini, melakar sejarahnya, apabila proses penggambarannya hanya mengambil masa ‘enam hari’ di sekitar Oktober 2007. Menurut penerbitnya Surenthar, punca utama filem pensil hanya mengambil masa ‘enam Hari’ penggambaran, adalah kerana kekurangan bajet. Namun hasil kerjasama tenaga kerja Pengarah Filem (M. Subash) dan Pengarah fotografi (Indera Che Muda) yang pandai menyusun jadual pengambaran, bajet yang memadai sudah cukup untuk menghasilkan filem yang penuh dengan nilai-nilai moral dan kemanusiaan.

Pelakon:
1. M.Subash – Pelakon Utama
2. Rominah Sidek- Pelakon Utama
3. Khatijah Tan- Pelakon Pembantu
4. Maimon Mutalib- Pelakon Utama
5. Jalil Hamid- Pelakon Pembantu


GAMBAR MAJLIS PRATONTON
DI CINELEISURE DAMANSARA:








GAMBAR-GAMBAR FILEM &
BELAKANG TABIR: KLIK DI SINI..!!


VIDEO MAJLIS PRATONTON:
Sedutan filem & sidang akhbar






TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & Photo copyright myartis 2008

No comments: