05 May 2008

TEATER MUZIKAL RANDAI KASIH MENANTI


TARIKH PERSEMBAHAN: 9 – 18 MEI 2008 (8.30 MALAM)

TARIKH/MASA PERSEMBAHAN MATINEE: 11 & 18 MEI (3.00 PETANG)

TEMPAT PERSEMBAHAN: PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

TIKET PERSEMBAHAN: RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150

MAKLUMAT LANJUT/PEMBELIAN TIKET: BOX OFFICE, ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR. Hubungi: 03-4026 5558 www.istanabudaya.gov.my


Klik untuk imej besar!


INFO:
PENGARAH PERSEMBAHAN
AHMAD TAMIMI SIREGAR

PENULIS SKRIP
SAMOZA

PENGARAH MUZIK
ROSLI SELASIH

PENGARAH TARI
ZULHAILA SIREGAR

PENGARAH ARTISTIK
IRWAN ISMADI SHAHRIM

BARISAN PELAKON
DATO' YUSNI HAMID, SAFURA, ZULKAFLI ZAIN, SABRINA HASSAN, MEGAT SHARIZAL, RAY REDZUAN, SHAFIRUL AZMI dan ramai lagi..

SINOPSIS
Pendekatan pasca moden klasik Minangkabau. Randai Kasih Menanti (teater muzika) menyingkap sejarah hitam sebuah pulau dan seorang ibu yang tak jemu menunggu kepulangan anaknya. Jalinan elemen tari, silat, lagu, muzik dan lakon yang menarik, adalah satu persembahan indah.

Randai: Antara bentuk teater tradisi yang telah bertapak sejak sekian lama di alam kepulauan Nusantara. Rangka cerita dalam persembahan Randai disertai dengan gerak silat dan tari adalah amat menarik. Perjalanan cerita yang menarik itu diselitkan dengan pengajaran moral yang amat tinggi dalam kehidupan masyarakat zaman lampau.

Sebagai mana lazimnya teater tradisi dan berkait dengan konsep cerita penglipur lara, watak utamanya akan keluar mengembara untuk membina kekuatan diri.

Dalam pengembaraan tersebut, hero selalunya mengharungi pelbagai rintangan dan masalah. Dalam pengembaraan ini juga sang hero akan bertemu dengan heroin.

Konsep cerita penglipur lara berakhir dengan kesudahan hero akan berkahwin dengan heroin.

Paling utama, dalam persembahan randai, ia turut diselitkan dengan elemen pelbagai nilai puisi dan lagu yang indah. Keindahan puisi dan lagu pula amat tebal dengan nilai pengajaran agar penonton sentiasa menginsafi diri dan sentiasa menghormati nilai-nilai adat istiadat dalam kehidupan bermasyarakat.


RINGKASAN CERITA
Kelahiran anak diramalkan dukun akan memberi celaka kepada Pulau Cendena. Ibu Kandung menghanyutkan anak ke laut, dan anak ditemui Ibu Angkat. Anak membesar menjadi Bujang, lincah pula di gelanggang. Kapal dibina untuk keluar berdagang. Bujang dan rombongan dipukul angin gelombang sehingga kapalnya tersadai di Pulau Cendena.

Bujang dan anak-anak kapal diterima Pak Alang, sementara menunggu kapal siap dibaiki. Hadiah selendang sutera diberikan Bujang, Pak Alang pula meraikan tetamu dengan keraian. Bujang pedagang, terpandang Melor suntinya Pak Alang, dalam majlis tari putik, cinta berkembang. Jalak dan Lanang marahnya bukan kepalang kepada dagang yang menunjuk belang.

Ketika Bujang dan Melor berjanji bicara, Jalak dan Lanang datang menerpa. Dalam mengelak silat bersambut, Bujang ditikam keris Jalak. Pak Alang dijemput Melor meleraikan sengketa. Di rumah Pak Alang, sepakat diambil, Melor dan Bujang diikat satu. Dendam Jalak dan Lanang bukan kepalang, berjumpa dukun menggagalkan perkahwinan.

Bersanding Melor dan Bujang di pelamin bertepung tawar dan pulut kuning. Dukun menjampi dan menetak jantung pisang dan Bujang pun jatuh di pelaminan. Pak Tuan dipanggil memulih Bujang. Ibu Kandung terpandang tanda di telinga Bujang, mengesahkan kepada Ibu Angkat itulah anaknya yang berpisah dulu. Bujang dalam ragu dan keliru.

Pelayaran diteruskan meski inai di jari Melor belumlah kering. Rayu Ibu Kandung hanyut dibawa angin lalu. Bujang bertekad, pelayaran segera berangkat dan Melor dibawa bersama cintanya.

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    copyright myartis 2008

No comments: