23 May 2016

BEKAS KEKASIH ADIRA, SHAHRUL NASRUN SELAMAT NIKAH



Bekas kekasih penyanyi Adira Suhaimi, iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, selamat nikah dengan pilihan hatinya Fatin Amira Zainal Abidin.

Shahrul melafazkan sekali lafaz sahaja dalam majlis tersebut dan dia kelihatan segak dengan persalinan serba putih rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini.





Mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM20,000 telah diserahkan oleh Shahrul kepada pengantin perempuan di majlis nikah yang berlangsung kelmarin (Jumaat).

Difahamkan, majlis resepsi pula telah diadakan semalam di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur dan ia dihadiri ramai keluarga, rakan artis dan teman rapat.

Tahniah diucapkan!
















Foto: Shahrul & Fatin wedding hashtag



         ________________________





No comments: