23 May 2016

CLEVER GIRL - FATIN (KELANTAN) MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000



Edisi pertama program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) terbitan TV3 telah melabuhkan tirainya semalam apabila peserta dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Manakala naib juara dengan wang tunai RM10,000 pula diduduki oleh Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor.





Sementara Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang) dan Lam Wai Chuin (Perak) tidak mendapat apa-apa.

Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.

Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.

Tahniah kami ucapkan!




Sumber: BH


         ________________________





No comments: