"Ini sengaja untuk konsep album baru aku, sengaja aku hitamkan," ujar Agnes ketika ditemui di Jakarta oleh wartawan.
Apakah pelakon itu sudah tidak sayang dengan kulitnya yang sebelumnya putih? "Ohh tidak, sebab ini yang aku suka," jawabnya.
Kali terakhir Agnes melahirkan album studio ialah pada 2005. Judul album tersebut ialah 'Whaddup A.. '?!' yang menghasilkan beberapa hits seperti 'Tak Ada Logika' dan 'Cinta di Ujung Jalan.'
Setelah album tersebut, gadis berusia 22 tahun ini melahirkan pula single 'Matahariku' untuk soundtrack sinetron yang dibintanginya 'Jelita.'
Mengenai album barunya itu, Agnes bagaimanapun belum mahu menceritakannya lebih banyak lagi. Dia yang satu ketika dulu pernah berlakon dalam siri Taiwan berjudul 'The Hospital' mendakwa mahu memberikan kejutan pada para peminatnya.
(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2008
No comments:
Post a Comment