04 August 2008

LAN PET PET NIKAH 20 OGOS..!!

Akhirnya, janji Lan PetPet untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam tahun ini juga tertunai apabila dikatakan bakal naik pelamin pada 20 Ogos ini. Bakal isterinya ialah Ruby (adik rozita che wan) yang tidak kurang jelita seperti kakaknya.

Sebelum ini, Lan yang kini usianya sudah mencecah 40-an, pernah memberitahu myartis dalam rakaman video bahawa dia tetap akan berkahwin tahun ini. Malah dia selalu berdoa agar jodohnya dipertemukan dengan mana-mana gadis yang dapat menerima dia seadanya.

Dan menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada 20 Ogos ini di Alor Setar, Kedah manakala majlis resepsi pula akan dibuat pada 23 Ogos di sebuah hotel di Kedah juga.

Klik untuk membaca kisah dan menonton video rakaman myartis sebelum ini:
LAN PET-PET KAHWIN TAHUN INI..??


Yang mana satukah Ruby ye? Dengar kata yang pakai baju putih...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

No comments: