07 August 2008

PENYANYI TERKAYA MALAYSIA??

Bukan semua percaya al-kisah yang dilaporkan mengenai Siti Nurhaliza mempunyai aset bernilai RM50 juta. Berita aset itu dipetik daripada laman web rasmi 2008 MTVAsia Awards dalam nota pengenalan mengenai latar belakang Siti yang baru-baru ini tersenarai sebagai calon Artis Wanita Popular (Malaysia).

Namun begitu, ia adalah sesuatu yang tak mustahil!

Ini kerana, satu ketika dulu Siti merupakan penyanyi paling laris dan paling tinggi mendapat bayaran show. Malah kalau dihitung asetnya daripada derma kebajikan, hadiah kemenangan, bayaran iklan, show dan sebagainya, maka aset RM50 juta boleh dikatakan masuk akal juga.

Bukan apa, takkanlah sepanjang tempoh 13 tahun menjadi anak seni, dia tak reti menyimpan, tak pandai berniaga dan boros berbelanja atau lebih tepatnya... sekadar masuk angin keluar asap? Tentulah ada asetnya... tak gitu?

Persoalannya sekarang, dengan aset yang didakwa sejumlah RM50 juta itu... mungkinkah Siti merupakan penyanyi terkaya di Malaysia?? Atau mungkin juga ia hanya sekadar di atas kertas sedangkan realitinya tidak sebegitu... Tepuk dada tanya selera!!


"Not a force to be reckoned with, Siti is also known to be a formidable and successful businesswoman in Malaysia. She currently tops the list of the 'Richest Artistes' in Malaysia. She is also worth more than RM50 million and was named one of the millionaires in entertainment in South East Asia." - 2008 MTVAsia Awards



Aksi Siti ketika masih berhingus dalam bidang seni...









Bersama suaminya DK yang turut didakwa kaya-raya...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

No comments: