Dia yang masih belum mengetahui jantina bayinya mungkin akan membuat ‘scan’ dalam beberapa bulan sebelum dia bersalin pada Julai depan. Jika diberi pilihan, Rita inginkan bayi lelaki manakala suaminya inginkan bayi perempuan.
"Alhamdulillah, saya tiada masalah kesihatan dan dapat melakukankerja dengan baik. Saya juga masih menjalankan karier seni seperti biasa, cuma menunggu waktu untuk cuti berehat.
"Selepas selesai berpantang nanti, saya akan masuk pengambaran sebuah drama bersiri.
"Masa saya mungkin tak seperti dulu lagi selepas mempunyai anak nanti dan saya akan lebih menumpukan kepada keluarga.
"Saya harap suatu hikmah akan berlaku selepas mempunyai anak nanti," ujar Rita.




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2009
No comments:
Post a Comment