11 May 2009

PENJELASAN AKHIL HAVY - ISU LEPAK...

"DON'T wake up the sleeping dog," demikian ujar AkhilHayy, 40, ketika ditanya perihal kontroversinya yang tidak pernah surut oleh wartawan. Dia yang tidak habis-habis dilanda kontroversi dengan Waheeda, 31, turut dipetik sebagai berkata akan menyampah melihat dirinya sendiri jika cakap lebih mengenai perkara itu.

Tambahnya lagi, gosip antara dia dan Waheeda merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.

"Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik," ujarnya.

"Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?," Akhil bertanya kembali.

"Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.

"Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima," terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.

"Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini.

"Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi," kata Akhil lagi.

Dia kemudian menyeru agar umum tidak menghukum dirinya. "Cukuplah dengan mengkritik, bukan menghukum kerana yang boleh menghukum hanya Allah. Bila ada bukti jelas, nyata dan terang maka barulah mereka (masyarakat) boleh bersuara dan menghukum," ujarnya dipetik sebagai berkata.



ARKIB : AKHIL HAVY DAN WAHEEDA??


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

No comments: