Wednesday, October 07, 2009

ANAK PELAKON DRAMA?

Kalau nak mandi laut pun, pakai-pakailah baju yang tak menjolok mata dik oii..!! Paling tidakpun, jagalah peribadi serta maruah ibu sebagai pelakon drama yang sering muncul di kaca TV. Jangan esok sampai ibu yang tak bersalah dikata orang sebagai 'tak reti menjaga anak' atau lebih tepatnya, bagai ketam mengajar anak berjalan!









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Monday, October 05, 2009

GAMBAR TERKINI ZUAR XPDC

"Saya masih lagi ada membuat show!" Demikian ujar Zuar XPDC ketika ditemui di Sungai Buloh, Selangor. Tambahnya, show terakhirnya ialah ketika rumah terbuka seorang ahli parlimen di Damansara Damai, Selangor baru-baru ini.

"Orang jemput, saya tetap buat persembahan tak kira siapa atau perbezaan politiknya.

"Ikhlasnya, show bersama XPDC sekarang memang dah agak kurang, jadi saya ada menjalankan perniagaan baju terpakai secara sederhana. Selain itu, saya juga aktif menjual pelbagai produk kesihatan untuk menampung kehidupan. Alhamdulillah, walaupun untungnya tak banyak, namun saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," ujarnya yang sambil tersenyum.






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

MAK MAH DI PASAR KARAT

Siapa kata artis suka membeli-belah di komplek besar sahaja? Gambar ini jelas menunjukkan bahawa artis seperti Ruminah Sidek (Mak Mah), tidak kisah membeli barangan di mana sahaja termasuk di Pasar Karat, Jalan Petaling, Kuala Lumpur sekalipun.

Malah ramai yang mungkin sudah sedia maklum bahawa Pasar Karat terkenal dengan pelbagai barangan terpakai, barangan antik dan barangan curi yang murah-murah. Rasanya bukan hanya Mak Mah sahaja yang sering bertandang ke Pasar Karat, malah sebelum ini kelibat Lan A to Z, Amir Uks, Rosnah Mat Aris, Hail Amir dan ramai lagi artis turut membeli barangan di situ.







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Thursday, October 01, 2009

BLACK BERSAMA KEKASIHNYA BABE

Pandang-pandang, jeling-jeling... begitulah aksi Black dan kekasih hatinya Babe yang memeriahkan lagi kandungan Facebook. Moga hubungan mereka terus berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan tiada pula gambar 'terlampau' yang terlepas di alam maya... Amin!








    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Related Posts with Thumbnails
Loading...