Tambah Afdlin yang dipetik melalui Facebook, janganlah kita semua tertipu dengan permainan tersebut.
"Ada balasan yang menanti beliau yang akan ditentukan Tuhan. Biarlah Allah SWT yang menentukannya kerana Dialah yang Maha Penentu," jelasnya.
Bagaimanapun, kenyataan Afdlin itu disanggah oleh seorang hamba Allah melalui sebuah forum yang mendakwa kelakuan seperti itu tidak boleh dibiarkan. Dakwanya jika dibiarkan, ditakuti ia akan bertambah buruk dan selepas ini tiada yang rasa takut atau hormat kepada arwah orang yang baru meninggal.
"Nabi Muhammad s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan, maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman"," ujar hamba Allah yang tidak ingin dikenali itu dengan penuh semangat.
Pesanan Afdlin dalam Facebook: klik untuk imej besar dan jelas

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010
No comments:
Post a Comment